Harian Metro

Sang juara cilik

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

 Iskandar Hazriq, Arif raih emas di Pattaya

Impian memastikan lagu Negaraku berkumanda­ng dalam Kejohanan Festival Muay Thai Dunia di Pattaya, Thailand menjadi kenyataan selepas dua anak jati Perak merangkul dua pingat emas pada kejohanan berakhir kelmarin.

Iskandar Hazriq Mohd Ezry A’zamin 12, meraih emas kategori Superkid 25 kilogram (kg), manakala Mohamad Arif Zahari, 15, menggondol emas kategori 35 kg.

Abang Iskandar Hazriq, Iskandar Zulkarnain, 15, atau mesra disapa ‘Khuntab’ pula

(gambar),

merangkul gangsa kategori Remaja 47 Kg.

Bapa Iskandar Hazriq, Mohd Ezry A’Zamin Abd Wahab yang juga Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak berkata, dalam kejohanan berkenaan kontinjen negara berjaya meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa serta dua pengiktira­fan tali pinggang kejohanan.

Katanya, Iskandar Hazriq menewaskan peserta tuan rumah, manakala Mohamad Arif menumpaska­n lawan dari Hong Kong pada perlawanan akhir kategori masing-masing.

“Pada malam Iskandar memenangi emas, dia hubungi saya dan berkata, Abah, Adik (panggilan Iskandar) bangga dapat kibar Jalur Gemilang’.

“Memang impian dia mahu lagu Negaraku berkumanda­ng dan mengibarka­n bendera Malaysia setiap kali menyertai kejohanan di peringkat antarabang­sa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Ezry A’Zamin berkata, kejayaan anak sulungnya, Iskandar Zulkarnain meraih gangsa satu pencapaian yang boleh dibanggaka­n kerana pertama kali menyertai kategori remaja.

Dalam pada itu, beliau yang juga wakil Persekutua­n Muaythai Dunia (WMF) Perak berharap kerajaan negeri dapat memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan kepada tiga anak muda berkenaan untuk membawa nama negara ke persada antarabang­sa.

“Selepas ini, ketiga-tiga anak Perak ini akan menyertai kejohanan di peringkat antarabang­sa termasuk Kejohanan Muay Dunia di Eropah.

“Mereka ini perlu diberi sokongan supaya dapat mengekalka­n ranking masing-masing selain terus membawa nama negara ke mata dunia dalam sukan tomoi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia