Harian Metro

Shubhankar tekad bangkit pada Kejohanan Golf Maybank

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Shah Alam: Sensasi golf India, Shubhankar Sharma berharap Kejohanan Golf Maybank yang bakal bermula esok di Club Saujana Golf & Country menjadi titik tolak kepada kebangkita­nnya musim ini selepas memulakan kempen 2019 dengan prestasi mendatar.

Juara bertahan berusia 22 tahun itu berkata, apa yang dilalui musim ini tidak ubah seperti musim lalu apabila dia gagal bermula dengan baik tetapi prestasiny­a berubah selepas memenangi Kejohanan Golf Maybank.

“Saya akui prestasi di awal musim ini tidak begitu baik. Secara jujur sudah tentu saya mahu memulakan kempen musim ini dengan prestasi cemerlang.

“Tapi sukan golf memerlukan sesuatu yang tepat dan sempurna. Perkara kecil kadang-kadang boleh menjejaska­n rentak permainan.

“Prestasi saya tidaklah begitu teruk tetapi agak mendatar dan saya tidak mendapat keputusan yang dimahukan. Sebab itu saya berharap segala-galanya akan bermula dengan baik di kejohanan ini.

Saya melalui situasi sama tahun lalu tetapi selepas memenangi Kejohanan Maybank segala-galanya berubah selepas itu,” katanya pada sidang media.

Jelas pemenang Order of Merit Jelajah Asia tahun lalu itu, dia tidak berhasrat untuk mengubah gaya permainann­ya dalam usaha kembali kepada sebenar.

“Kadang-kadang perubahan dilakukan memerlukan masa untuk disesuaika­n dengan gaya permainan saya. Yang penting saya perlu terus berlatih dan terus berusaha,” katanya.

Kejohanan edisi keempat bernilai AS$3 juta (RM12.2 juta) itu menampilka­n barisan pemain ternama dunia antaranya Scott Hend (Australia), David Lipsky (Amerika Syarikat), pemain veteran Thailand, Thongchai Jaidee serta jaguh golf negara, Gavin Kyle Green.

prestasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia