Harian Metro

Waspada cabaran Macau: Choong Hann

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menasihatk­an agar pemain negara mengambil berat aksi menentang Macau hari ini untuk aksi sulung Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Hong Kong.

Menurutnya, setiap perlawanan yang bakal diharungi pemain muda negara harus dijadikan sebagai proses pembelajar­an tidak kira siapa lawan bakal ditentangi mereka.

“Mereka harus pamerkan kemampuan sebenar, tidak kira siapa lawan bakal ditempuhi. Saya mahu mereka sentiasa ambil berat walaupun esok (hari ini) mereka akan menentang Macau,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Bekas pemain perseorang­an lelaki negara itu mengakui setakat ini semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan bebas dari sebarang kecederaan.

“Mereka juga sudah menguji gelanggang bermula sejak dari Ahad dan hari ini adalah latihan terakhir mereka selepas tidak mempunyai sebarang perlawanan bagi aksi Kumpulan D. Boleh saya katakan mereka sekarang ini sudah 100 peratus bersedia dan kita masih belum putuskan siapa yang bakal turun beraksi untuk perlawanan sulung esok.

“Hari ini kita akan melihat dulu perlawanan pertama Kumpulan D antara Macau dan China,” kata Choong Hann.

Macau bakal mempertaru­hkan gandingan beregu wanita muda mereka, Ng Weng Chi-Gong Xue Xin yang sekarang ini menghuni ranking 118 dunia.

Negara berkenaan yang rata-rata membariska­n pemain muda juga dijangka akan menguji tonggak perseorang­an wanita berusia 14 tahun, Pui Chi Wa. Kemenangan keatas Macau hari ini bakal membuka peluang cerah untuk skuad negara mara ke suku akhir.

Perlawanan yang akan berlangsun­g di Stadium Queen Elizabeth itu bermula pada 7 malam hari ini. Skuad negara dibarisi Cheam June Wei, Soong Joo Ven (perseorang­an lelaki), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong Ho Yen Mei, Lee Ying Ying (perseorang­an wanita), Lim Chiew Sien-Teoh Mei Xing, Pearly Tan-Anna Cheong (beregu wanita), Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu

campuran).

Teka-teki mengenai Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di Terbuka Malaysia akhirnya terjawab apabila dia sah tidak akan mempertaha­nkan kejuaraan di kejohanan berkenaan bulan depan.

Ini bermakna peminat badminton negara terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat bekas pemain nombor satu dunia itu kembali di kejohanan peringkat antarabang­sa

(gambar)

Kuala Lumpur: Jurulatih recurve lelaki negara, Norizham Ishak tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada anak buahnya dalam menghadapi siri pertama Piala Asia di Bangkok, hujung bulan nanti.

Jelasnya, ketiadaan kejohanan antarabang­sa dalam tempoh panjang mungkin memberikan kesukaran kepada pemanah negara untuk

 ??  ?? YING Ying galas cabaran perseorang­an wanita negara.
YING Ying galas cabaran perseorang­an wanita negara.
 ??  ?? CHOONG Hann
CHOONG Hann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia