Harian Metro

Tiada kelibat Chong Wei

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Bekas pemain nombor satu dunia sah tarik diri di Terbuka Malaysia

selepas panjang akibat kanser hidung.

Chong Wei yang menjalani rawatan susulan semalam dan kelmarin di Taiwan tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak Julai tahun lalu.

Sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenarai­kan nama pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu di kejohanan berkenaan selepas dia mula turun berlatih Januari lalu.

Menurut kenyataan dikeluarka­n BAM semalam, Chong Wei dinasihatk­an doktor pakar yang merawatnya

berehat penyakit di Taiwan untuk tidak menyertai kejohanan itu.

“Selepas rawatan di Taiwan, kami memaklumka­n Chong Wei sah sudah sihat dan proses pemulihan berjalan lancar,” jelas kenyataan berkenaan.

Ujar BAM, bagi mengelak sebarang tekanan ke atas badannya, juara 12 kali Terbuka Malaysia itu dinasihatk­an menarik diri daripada kejohanan berkenaan.

“Keutamaan BAM tetap terhadap kesihatann­ya dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemain berusia 37 tahun itu. Kami juga berharap semua pihak memberikan ruang secukupnya untuk dia menjalani proses pemulihan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengeluark­an kenyataan agar peminat badminton negara tidak meletakkan harapan tinggi untuk Chong Wei beraksi di Terbuka Malaysia.

Terbuka Malaysia yang bermula 2 hingga 7 April depan di Arena Axiata, Bukit Jalil dan undian sebelum ini, menyaksika­n Chong Wei akan berdepan pilihan kelapan dari India, K Srikath di pusingan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia