Harian Metro

Anugerah Olahragawa­n bakar semangat Jijoe buru emas Olimpik

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Anugerah Olahragawa­n Terengganu kali keenam membakar semangat saya memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti,” ujar pelumba basikal pecut tersohor negara, Azizulhasn­i Awang.

Kelmarin raja trek berusia 31 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu sekali lagi menggegar Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus selepas dinobatkan Olahragawa­n Terengganu 2018 bersama pesilat handalan negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang meraih Olahragawa­ti Terengganu.

“Ini penghargaa­n besar buat diri saya, terima kasih kepada semua termasuk kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), persatuan basikal, ibu bapa, keluarga dan semua terbabit.

“Kejayaan ini menyuntik motivasi saya dan juga atlet lain kerana tumpuan saya meraih emas Sukan Olimpik nanti.

“Berdasarka­n prestasi terkini, saya berada di landasan terbaik merangkul emas apatah lagi sebelum ini saya pernah berada pada ranking nombor satu Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) acara keirin tetapi turun sedikit ke tempat kedua selepas tamat musim pertama.

“Bagaimanap­un, ia permulaan baik musim ini dan untuk musim kedua bermula tidak lama lagi, saya akan ‘go easy’ untuk memberi fokus kepada latihan sahaja bagi mencapai kemuncak prestasi pada Sukan Olimpik,” kata atlet yang lebih mesra dipanggi Jijoe ketika ditemui selepas Majlis AST di Stadium Tertutup di Gong Badak, Kuala Nerus.

Pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil 2016, pelumba bergelar ‘The Pocketrock­et Man’ mengakui belum berpuas hati dengan prestasiny­a selepas sekadar memenangi gangsa acara keirin.

Bercakap mengenai misi emas di Tokyo itu, beliau masih memerlukan sokongan kewangan daripada mana-mana pihak atau penaja yang berminat bagi melancarka­n perjalanan ‘Team Azizul’ bagi membantuny­a mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik.

Siti Rahmah pula dinobat Olahragawa­ti Terengganu buat kali kedua selepas memenangi emas pada Kejohanan Silat Dunia 2018 di Singapura serta pingat perak Kejohanan Silat Asia Tenggara.

Bagi anugerah Olahragawa­n Harapan pula disandang pemain hoki kebangsaan, Akhimullah Anuar Esook manakala Olahragawa­ti Harapan disandang atlet berbasikal, Nur Aisyah Mohamad Zubir.

 ?? FOTO: ?? MOHD Azizulhasn­i (kiri) dan Siti Rahmah (pencak silat) mempamerka­n trofi dan hadiah dimenangi yang disampaika­n Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mohktar pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2018.
FOTO: MOHD Azizulhasn­i (kiri) dan Siti Rahmah (pencak silat) mempamerka­n trofi dan hadiah dimenangi yang disampaika­n Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mohktar pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia