Harian Metro

Kim Swee bertarung minda dengan Hiddink

-

Kuala Lumpur: Antara Guus Hiddink dan Datuk Ong Kim Swee sudah pasti setiap mata akan terarah kepada bekas pengendali Real Madrid dan Chelsea itu yang kini memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) tahun China.

Kim Swee yang akan ‘bertarung minda’ dengan Hiddink dalam aksi Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bermula Jumaat ini, bakal menempuh cabaran getir memandangk­an pengendali dari Belanda itu dianggap pakar taktikal yang mampu meranapkan impian untuk menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan.

Malah, pengalaman luas mengendali­kan beberapa pasukan antarabang­sa seperti Korea Selatan, Australia dan Russia ternyata memberikan kelebihan buat jurulatih berusia 72 tahun itu.

Begitupun, pengendali negara dari Melaka itu enggan mengibar bendera putih terlalu awal apabila melaungkan keyakinan mampu merobohkan Tembok Besar China itu.

“Sebelum ini sama ada di peringkat B-23 mahupun senior, China pernah dikendalik­an jurulatih bernama besar namun keputusan dilihat masih lagi belum berpihak kepada mereka.

“Bagi saya, lebih penting supaya kita lebih fokus kepada apa yang ingin kita lakukan daripada memikirkan mengenai jurulatih mahupun pembantu jurulatih pasukan lawan.

“Kita harus bersiap sedia sepenuhnya kerana aksi kelayakan ini sememangny­a penting untuk kita mendapat tiket beraksi di AFC tahun hadapan,” katanya.

Malaysia bakal membuka kempen dengan menentang Filipina Jumaat ini sebelum meneruskan saingan bertemu Laos (24 Mac) dan China (26 Mac).

Juara daripada 11 kumpulan kelayakan akan meraih tiket automatik ke pusingan akhir tahun depan di Bangkok, Thailand bersama tuan rumah yang layak lebih awal.

Bagi melengkapk­an 16 pasukan di pusingan akhir itu, empat lagi pasukan akan dipilih berdasarka­n kedudukan sebagai naib juara daripada 11 kumpulan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia