Harian Metro

‘Dakwa, kalau saya tipu’ “K

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

alau saya menipu, heretlah saya ke mahkamah,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim

yang tampil mencabar Telekom Malaysia (TM) seandainya benar Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ‘berbohong’ berhubung pengumuman penamatan kontrak penajaan TM, Jumaat lalu.

Tunku Ismail yang juga Pengerusi MFL berkata, beliau kecewa apabila sukan mula dicampurad­ukkan dengan politik yang akhirnya akan merugikan agenda bola sepak.

“Jika rasa saya berbohong, mudah bawa saja pengerusi (MFL) ke pengadilan. Inilah yang terjadi apabila mencampura­dukkan politik dengan sukan.

“Dulu tak ada masalah pun ketika mula capai perjanjian untuk lapan tahun.

(gambar)

Apabila datang bos baru (di TM), habis semua bola sepak jadi mangsa,” kata Tunku Ismail di laman Twitter miliknya semalam.

Jumaat lalu, MFL mengumumka­n menamatkan ikatan penajaan TM yang ditandatan­gani untuk lapan tahun bermula 2018 hingga 2025 dengan nilai tajaan keseluruha­n berjumlah RM480 juta.

Keputusan itu diambil ekoran kegagalan syarikat gergasi telekomuni­kasi negara itu menjelaska­n bayaran penajaan musim ini berjumlah RM60 juta bagi diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pada musim lalu, setiap pasukan Liga Super diberikan bayaran hak penyiaran RM3 juta manakala pasukan di Liga Perdana meraih RM1 juta yang diagihkan pada pertengaha­n musim.

Bagaimanap­un, TM semalam tampil menafikan dakwaan MFL apabila mengesahka­n kerjasama kedua-dua pihak sebenarnya sudah ditamatkan pada 1 November

 Tunku Ismail kecewa, sukan mula dicemari agenda politik

2018 lalu.

Malah, TM turut mendakwa kegagalan kerjasama itu berpunca daripada pelanggara­n kontrak membabitka­n aspek komersial yang gagal dipatuhi oleh pihak MFL.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarka­n, TM menafikan gagal menjelaska­n bayaran hak penyiaran seperti yang didedahkan MFL kerana sebenarnya tiada sebarang perjanjian yang ditandatan­gani di antara kedua-dua pihak.

“Kami ingin mejelaskan bahawa TM dan MFL gagal mencapai kata sepakat berhubung perkara asas mengenai aspek komersial bagi melanjutka­n kerjasama berkenaan.

“Meskipun perbincang­an mengenainy­a sudah beberapa kali dilanjutka­n, namun masih tiada kesepakata­n yang dicapai. Sehubungan itu, TM memaklumka­n kepada MFL secara rasmi bahawa rundingan itu berakhir pada 1 November 2018.

“TM tetap akan menyokong sukan dan atlet di Malaysia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia