Harian Metro

Usah rasa selesa: Cheng Hoe

-

Jaya: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan anak buahnya terbuai-buai dengan kelebihan rekod lampau yang nyata memihak skuad kebangsaan apabila turun menentang Singapura dalam aksi sulung Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Berdasarka­n rekod pertemuan, Harimau Malaya meraih 25 kemenangan dalam 63 pertemuan sejak 1958, manakala skuad Singa mencatat 16 kemenangan.

Rekod jaringan memihak Malaysia yang meledak 99 gol dan hanya memerlukan satu gol bagi merekodkan jaringan ke-100 berbanding Singapura 73 gol.

Biarpun aksi terakhir kedua-dua pasukan pada 8 Oktober 2016 lalu berkesudah­an seri tanpa jaringan, Cheng Hoe tidak mahu skuad kendaliann­ya mengambil mudah aksi itu dan berharap pemain kekal fokus sepanjang 90 minit aksi.

"Setiap perlawanan semuanya penting dan kita menghormat­i pihak lawan terutama Singapura yang kita anggap pesaing utama dalam mana-mana pertanding­an.

"Tekanan sentiasa ada dan sudah tentunya saya sebagai jutulatih mahu pemain kekal fokus dan tidak memikirkan perkara lain. Kita kena ada kesungguha­n dan saya tak mahu sebarang insiden yang tak baik.

"Pemain kena sentiasa tenang dan jangan mempersoal­kan keputusan pengadil betul atau salah kerana saya mahu mereka fokus 90 minit daripada perkara lain," katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawa­nan di sini, semalam.

Mengulas mengenai kedudukan penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami selesema sebelum ini, pengendali berusia 51 tahun dari Kedah itu mengesahka­n kesihatan Norshahrul sudah pulih dan dijangka mengetuai rangkaian serangan pasukan negara malam ini.

"Dia (Norshahrul) dah berlatih bersama pasukan pagi ini (semalam). Saya lihat dia dah bersedia untuk diturunkan nanti, malah pemain lain juga semuanya sedia untuk beraksi," katanya.

Penyertaan Harimau Malaya dalam saingan ini penting bagi memperbaik­i kedudukan ranking FIFA sebelum bermulanya kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, di mana Malaysia harus berada di kelompok 34 teratas terbaik Asia untuk mengelak beraksi di pusingan kelayakan pada bulan depan.

Ketika ini, skuad negara berada pada tangga ke-35 Asia dan jika berjaya muncul Piala Airmarine sudah tentu kedudukan ranking berubah sekali gus mara terus ke pusingan kedua kelayakan pada Jun nanti.

Selain pertemuan klasik antara Malaysia dan Singapura pada malam ini, satu lagi aksi membabitka­n Afghanista­n dan Oman turut mencuri tumpuan dengan kedua-duanya menduduki ranking lebih baik berbanding pasukan negara.

 ??  ?? CHENG Hoe (kiri) memantau sesi latihan skuad Harimau Malaya, di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.
CHENG Hoe (kiri) memantau sesi latihan skuad Harimau Malaya, di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia