Harian Metro

Shukor optimis negara layak ke Piala Asia 2023

-

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh percaya sasaran untuk layak ke Piala Asia 2023 mampu direalisas­ikan dan persiapan itu perlu bermula dari sekarang.

Beliau yang pernah membawa skuad Harimau Malaya mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harus merancang dengan teliti setiap program yang dijalankan untuk tempoh empat tahun.

“Mesti boleh (layak ke Piala Asia 2023) asalkan FAM kena merancang betul-betul supaya ia mencapai sasaran yang diletakkan.

“Kalau perancanga­n betul saya yakin ia boleh dicapai kerana tempoh pertanding­an itu masih jauh dan pasukan masih ada masa perbaiki kelemahan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Arena Metro semalam melaporkan, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran kepada skuad senior bimbingan Tan Cheng Hoe untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malah, Hamidin berkata, beliau sanggup meletak jawatan jika sasaran itu gagal dicapai.

Malaysia hanya tiga kali beraksi di Piala Asia iaitu pada 1976, 1980 dan kali terakhir pada 2007 sebagai tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Ketika itu, skuad negara yang dibimbing Norizan Bakar kalah semua aksi peringkat Kumpulan C yang dianggap sebagai pencapaian terburuk dan memalukan biarpun beraksi di depan penyokong sendiri di Bukit Jalil.

Jelas Shukor, 71, sudah tiba masanya skuad senior dianggotai sepenuhnya pemain muda khususnya daripada skuad bawah 23 (B-23) tahun bagi mematangka­n persembaha­n mereka sebelum saingan sebenar bermula.

“Mereka akan menempuhi pusingan kelayakan Piala Asia terlebih dulu, jadi saya rasa sepatutnya biar pemain muda dari B-23 warnai pasukan senior.

“Saya lihat Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abba antara pewaris skuad negara yang boleh disandarka­n harapan dan perancanga­n itu harus bermula dari sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia