Harian Metro

Remaja dibelasah 3 beradik mabuk

-

Kota Kinabalu: Bermula dengan pertengkar­an mulut, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera dibelasah tiga beradik di luar sebuah pusat hiburan di Sulaman Central, Manggatal, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 12.30 tengah malam, mangsa dikatakan berselisih faham dengan tiga beradik lelaki masingmasi­ng berusia 26, 32 dan 36 tahun sebelum pertengkar­an bertukar menjadi ganas.

Ketua Polis Daerah

Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati salah seorang suspek bertindak memukul mangsa menggunaka­n kayu.

“Ketika kejadian, ketigatiga suspek dipercayai mabuk dan bertindak membelasah mangsa.

“Pergaduhan berjaya dileraikan anggota polis yang tiba di lokasi sebaik menerima aduan orang awam berhubung kejadian ini,“katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka di kepala.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) untuk mendapatka­n rawatan.

“Manakala ketiga-tiga beradik ditangkap dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Habibi, pemeriksaa­n air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka negatif dadah selain tiada rekod jenayah sebelum ini,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunaka­n senjata kayu.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ?? FOTO ?? IBU salah seorang suspek menenangka­n anaknya selepas ditahan penguat kuasa AADK Sabah dalam Ops Cegah di Kampung Rampayan, Manggatal.
FOTO IBU salah seorang suspek menenangka­n anaknya selepas ditahan penguat kuasa AADK Sabah dalam Ops Cegah di Kampung Rampayan, Manggatal.
 ??  ??
 ??  ?? HABIBI
HABIBI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia