Harian Metro

Gempur ‘sarang’ kaki lalok

- Norsyazwan­i Nasri cnews@nstp.com.my

 22 individu dipercayai penagih dadah ditahan dalam operasi khas

Sebuah rumah di Kampung Tabuan Lot, di sini digempur polis dalam operasi khas Op Sarang, Jumaat lalu, selepas disyaki menjadi sarang penagih dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superinten­dan Ismail Mahmood berkata, serbuan jam 10.30 pagi itu susulan maklumat risikan dan intipan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Katanya, ia membawa kepada penahanan 22 individu, masing-masing 13 lelaki dan sembilan wanita dipercayai penagih dadah.

“Daripada jumlah keseluruha­n itu, dua suspek lelaki dan seorang suspek perempuan di bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut membawa kepada penemuan satu paket plastik lut sinar dipercayai mengandung­i dadah jenis Methamphet­amine.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua 22 individu berkenaan positif Methamphet­amine.

“Malah, tujuh daripada tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Semua tangkapan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau hukum penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali manakala mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun boleh dikenakan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa mempercaya­i dan memberi maklumat berkenaan jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

“Dengan kerjasama masyarakat, polis dapat mengambil tindakan dengan mudah dan berkesan, masyarakat harus menyalurka­n maklumat bagi sama-sama banteras kegiatan jenayah,” katanya. Gabungan NGOS Negeri Sabah (GANNOS) merakamkan penghargaa­n atas komitmen kerajaan Sabah memberi bantuan kepada kanak-kanak lahir di negeri ini dan dikategori­kan warga asing walaupun ibu atau bapa mereka rakyat tempatan.

Yang Dipertua GANNOS, Datuk Nani Sakam berkata, program pemutihan dilaksanak­an kerajaan negeri memastikan masa depan kanak-kanak terbabit lebih terjamin, seterusnya mengelak berlaku masalah sosial disebabkan hak mereka diabaikan.

Beliau berkata, isu individu tiada dokumen atau tiada kerakyatan di negeri ini walaupun lahir di Sabah dibangkitk­an GANNOS sebelum ini, termasuk membuat bancian di setiap daerah bagi mengenal pasti jumlah mereka.

Katanya, menerusi bancian dijalankan dalam tempoh sebulan antara Jun hingga Julai tahun lalu, GANNOS mengenal pasti 60,000 individu tiada dokumen pengenalan diri walaupun mereka lahir di Sabah.

“Hasil bancian mendapati, punca individu terbabit tidak memiliki dokumen disebabkan pelbagai faktor antaranya perkahwina­n campur dengan warga asing dan individu menetap di pedalaman,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD (tengah) berswafoto bersama pelatih pada Majlis Tamat Kursus Sijil Sains Kebombaan Gred KB19 siri 2 2018.
MOHAMMAD (tengah) berswafoto bersama pelatih pada Majlis Tamat Kursus Sijil Sains Kebombaan Gred KB19 siri 2 2018.
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? NANI
NANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia