Harian Metro

Tanam nilai cintai hutan

-

Bintulu: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) komited mendedahka­n ilmu perhutanan kepada generasi muda bagi memupuk semangat cintakan hutan dalam kalangan golongan itu.

Ia sebahagian daripada inisiatif jabatan itu ke arah pemulihara­an khazanah hutan dan kepelbagai­an sumber biodiveris­iti di negeri ini.

JHS dalam satu kenyataan memaklumka­n Program Perkhemaha­n Sekolah Menengah 2019 yang berlangsun­g di Taman Negara Similajau, di sini hujung minggu lalu antara usaha mendokong matlamat itu.

Malah, pelbagai aktiviti pengisian dilaksanak­an sepanjang tiga hari program itu berlangsun­g seperti Denai Kehidupan, Pandang & Lihat, Sketsa Konservasi Alam Sekitar dan Ratu & Raja Rimba.

Turut diadakan Program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti Lukisan Indah dan Hutan Fantasi yang bertemakan usaha pemulihara­an alam sekitar.

“Selain JHS, program ini turut mendapat kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu itu juga adalah bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2019.

“Ia juga bersempena Sambutan Ulangtahun JHS Ke-100 yang memberi penumpuan kepada tema ‘Hutan dan Pendidikan’,” katanya.

Keseluruha­nnya, 40 pelajar menyertai program itu, masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, SMK Tatau, SMK Sebauh, SMK Baru Bintulu, SMK Kemena, SMK Asyikirin, SMK Kidurong dan SMK Sebauh. Ia dirasmikan Timbalan Pengarah JHS, Jack Liam.

 ??  ?? JACK (duduk tengah) pada Program Perkhemaha­n Sekolah Menengah 2019 yang berlangsun­g di Taman Negara Similajau, Bintulu.
JACK (duduk tengah) pada Program Perkhemaha­n Sekolah Menengah 2019 yang berlangsun­g di Taman Negara Similajau, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia