Harian Metro

Elak jalan sesak

- Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

 Projek jalan Naountun Bukit Padang beri impak positif ekonomi Dengan adanya jalan pintas ini, sekali gus meningkatk­an sosio ekonomi masyarakat setempat”

Mohd Shafie Apdal

Pembinaan Jalan Nountun Bukit Padang mampu meningkatk­an sosio ekonomi penduduk setempat di sekitar kawasan selain mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dengan siapnya Jalan Nountun Bukit Padang itu sudah pasti memberi banyak kebaikan kepada rakyat selain menjadi laluan alternatif kepada semua.

“Kita percaya lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan adanya jalan pintas ini, sekali gus meningkatk­an sosio ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan Jalan Nountun Bukit Padang, semalam.

Hadir sama Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri, Datuk Peter Anthony.

Terdahulu, projek Jalan Nountun Bukit Padang sejauh 2.7 kilometer yang juga jalan pintas dari Inanam ke Bukit Padang dengan kos RM13.545 juta, siap sepenuhnya pada Disember tahun lalu.

Projek itu mula dibangunka­n pada April 2013 dan sepatutnya siap pada Disember 2014, namun terlewat disebabkan proses pengambila­n tanah selain pengalihan utiliti elektrik dan air serta rawatan tanah lembut.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri menyokong usaha pasukan keselamata­n menangani ancaman aktiviti keganasan, khususnya dengan penahanan 12 suspek warga Filipina dan seorang warga tempatan di Semporna dan Tambunan, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamata­n Negeri Sabah, berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat soal keselamata­n, sekali gus mengalu-alukan tindakan itu.

“Kerajaan negeri menyokong tindakan ini bagi memastikan individu ini ditahan dan disiasat bagi mengenal pasti jika masih ada yang lain (pengganas) bersembuny­i di negeri ini,” katanya.

 ?? FOTO: IHSAN BERNAMA ?? MOHD Shafei ketika meninjau Jalan Nountun Bukit Padang, semalam.
FOTO: IHSAN BERNAMA MOHD Shafei ketika meninjau Jalan Nountun Bukit Padang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia