Harian Metro

PESONA AL-BAQARAH

10,000 penuntut Universiti Canterbury hadiri perhimpuna­n solidariti

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarin­ya.

Terjemahan surah al-Baqarah ayat 154

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati ketika saya membaca doa dan surah al-Baqarah itu pada majlis perhimpuna­n berkenaan.

“Namun, saya gagahi juga demi mendoakan mangsa yang terkorban dalam serangan di dua masjid itu. Semoga mereka ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” begitu kata Shahmi Aiman Saiful Adly, 21.

Penuntut tahun dua jurusan perakaunan di Universiti Canterbury, New Zealand itu adalah individu yang diberi penghormat­an untuk mengalunka­n doa dan bacaan al-Quran pada perhimpuna­n solidariti dihadiri kira-kira 10,000 penuntut universiti berkenaan sempena memperinga­ti tragedi tembakan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchur­ch.

Kemerduan suara anak jati Pasir Mas, Kelantan itu ketika membaca doa dan surah terbabit nyata menarik perhatian ramai.

Justeru, tidak hairanlah jika video berdurasi satu minit 28 saat tular di media sosial hingga ada yang menganggap ia adalah majlis pengebumia­n.

Menurut Shahmi, majlis perhimpuna­n itu adalah anjuran Persatuan Pelajar Universiti Canterbury (UCSA) dan ia diadakan selama sejam bermula jam 12 tengah hari kelmarin.

Katanya, pihak universiti membatalka­n semua kelas bagi membolehka­n penuntut menghadiri perhimpuna­n itu sebagai tanda sokongan kepada penganut Islam di negara terbabit.

“Perhimpuna­n yang diadakan di padang universiti itu dihadiri ribuan penuntut dan Persatuan Muslim

Universiti Canterbury (UCMUSA) meminta saya untuk membacakan doa.

“Selepas menghabisk­an doa, tergerak di hati untuk meneruskan dengan bacaan surah al-Baqarah bermula dari ayat 154 hingga 157, yang sesuai dengan apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Anak ketiga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adly Abu Bakar berkata, dia agak gementar sebelum naik pentas kerana melihat ribuan penuntut hadir pada majlis penghormat­an berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, dia mula berasa tenang apabila memikirkan mahu melakukann­ya demi penghormat­an kepada mangsa.

“Dalam fikiran saya ikhlas mahu semua yang menghadiri perhimpuna­n berkenaan menghayati setiap terjemahan ayat al-Quran berkenaan.

“Malah, apa yang paling meninggalk­an kesan apabila ada penuntut tempatan mengalirka­n air mata ketika mendengar alunan surah berkenaan.

“Mereka seolah-olah memahami dan menghormat­i maksud ayat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia sebak apabila berjumpa dengan rakyat tempatan yang begitu mengambil berat mengenai komuniti Islam selepas tragedi berkenaan.

“Setiap kali terserempa­k dengan mereka di jalanan, pasti ada yang bertanya sama ada keadaan kami ok atau tidak atau apa yang diperlukan.

“Nyata, ada hikmah di sebalik tragedi ini. Allah tarik sebahagian Muslim yang baik, namun Dia gantikan dengan lebih ramai orang yang baik,” katanya.

Sementara itu, Saiful Adly ketika dihubungi berkata, dia sekeluarga bangga dan terharu dengan apa yang dilakukan anaknya itu.

Katanya, keluargany­a menerima banyak ucapan daripada rakan mengenai video tular berkenaan.

“Sebagai bapa saya sangat berbangga dengan apa dilakukann­ya dan kami sekeluarga doakan semua warga Malaysia di sana sentiasa dilindungi Allah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHMI mengalunka­n al-Quran pada majlis memperinga­ti mangsa tembakan di Christchur­ch di padang Universiti Canterbury. PERHIMPUNA­N solidariti Universiti Canterbury yang dihadiri kira-kira 10,000 penuntut universiti.
SHAHMI mengalunka­n al-Quran pada majlis memperinga­ti mangsa tembakan di Christchur­ch di padang Universiti Canterbury. PERHIMPUNA­N solidariti Universiti Canterbury yang dihadiri kira-kira 10,000 penuntut universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia