Harian Metro

REMAN ‘PAYUNG’ BAPA AYAM

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Empat belas individu termasuk tujuh penjawat awam direman, semalam bagi membantu siasatan kes melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di ibu negara.

Penjawat awam itu membabitka­n tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai polis; tiga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), seorang pegawai bomba dan penyelamat serta tiga orang awam yang direman empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Dalam pada itu, empat lagi orang awam yang juga pemilik premis urut berkenaan direman lima hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Tempoh reman ke atas semua suspek berusia antara 29 hingga 54 tahun itu dikeluarka­n Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan semua individu terbabit ditahan di sekitar Lembah Klang antara jam 10 pagi hingga 5 petang hasil risikan yang dilakukan sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, premis urut berkenaan yang menggunaka­n khidmat wanita warga asing pernah diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lalu.

Pada masa sama, sumber berkata, wang sogokan itu diterima kumpulan suspek terbabit secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000.

Selain itu, difahamkan pemilik premis juga dipaksa membayar wang sogokan apabila penjawat awam terbabit datang memberi ‘salam perkenalan’ di peringkat awal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (2009).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia