Harian Metro

DIA BUAT LAGI...

 80 pekerja spa kecantikan sertai kem motivasi tak senonoh

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Pada 2017, 23 peserta kem motivasi didakwa di mahkamah kerana berbogel di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Kejadian sama berulang kelmarin apabila sebahagian daripada 80 peserta wanita kursus bina semangat mengadakan aktiviti dalam keadaan separuh bogel di padang pusat peranginan berkenaan, lapor Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Bermotivas­i sambil separa bogel. Itu antara ‘intipati’ kursus motivasi anjuran pusat spa kecantikan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.

Ini merupakan kali kedua kejadian seperti ini berlaku di resort sama selepas 23 peserta kem motivasi dan lima fasilitato­r didakwa di mahkamah kerana berkelakua­n lucah dan berbogel pada 2017.

Tindakan kali kedua ini bukan saja mengejutka­n penghuni pusat peranginan terbabit malah menimbulka­n rasa kurang senang penduduk apabila melihat gelagat sebahagian 80 peserta separa bogel sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada polis petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, program berkenaan disertai 80 wanita pekerja pusat spa terbabit dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Semua peserta mendaftar masuk ke resort berkenaan sejak Isnin lalu dan kursus itu dijadual berakhir hari ini (semalam).

“Berdasarka­n laporan yang kita terima pada hari kejadian sebahagian daripada peserta melakukan aktiviti di atas padang dalam keadaan tidak senonoh dan hanya memakai baju dalam serta seluar dalam,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, penduduk kampung yang menyedari tindakan tidak senonoh itu menegur mereka namun tidak diendahkan.

Beberapa keping gambar yang memaparkan peserta sedang melakukan aktiviti itu tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin dan menerima pelbagai kecaman netizen.

Othman berkata, pihaknya sudah menahan dan mengambil keterangan empat lelaki dan 30 wanita terdiri daripada pengendali serta peserta kursus itu.

“Kita masih lagi mengesan baki peserta kursus itu yang difahamkan sudah pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi (semalam).

“Justeru, kita minta kerjasama mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapk­an siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakua­n sumbang di tempat awam.

 ??  ?? PESERTA kem motivasi berbogel pada 2017 di resort yang sama.
PESERTA kem motivasi berbogel pada 2017 di resort yang sama.
 ??  ?? AKSI tidak senonoh dilakukan peserta kursus yang dirakam di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong, semalam.
AKSI tidak senonoh dilakukan peserta kursus yang dirakam di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 18 Mei 2017.
LAPORAN Harian Metro 18 Mei 2017.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 25 Mei 2017.
LAPORAN Harian Metro 25 Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia