Harian Metro

46 LOKASI PENCEMARAN DIKESAN

 Data satelit kesan kawasan sekitar Pasir Gudang berpotensi berlaku pencemaran

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my Iskandar Puteri

Jawatankua­sa Saintifik yang ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih mengenal pasti 46 lokasi baharu di kawasan perindustr­ian Pasir Gudang yang berpotensi berlaku pencemaran alam sekitar.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, perkara itu didedahkan hasil kajian dilakukan jawatankua­sa berkenaan yang menggunaka­n data imej satelit ke atas keseluruha­n kawasan Pasir Gudang.

Bagaimanap­un, katanya, semua lokasi berpotensi itu sudah disahkan tidak menghasilk­an gas toksik berbahaya yang boleh menyebabka­n keracunan seperti yang berlaku dalam insiden pencemaran Sungai Kim Kim.

“Kami gunakan data satelit di seluruh kawasan Pasir Gudang termasuk sepanjang sembilan kilometer Sungai Kim Kim dan daripada imej satelit itu, ada 46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran.

“Jabatan Alam Sekitar terus memeriksa 46 lokasi terbabit dan mendapati lokasi itu bukan sumber atau punca kes keracunan beramai-ramai yang berlaku ini.

“Contohnya tempat pembuangan sampah haram adalah satu pencemaran, tetapi ia tidak mengakibat­kan keracunan seumpama ini,” katanya pada sidang media Pembentang­an Laporan Jawatankua­sa Saintifik Pencemaran Sungai Kim Kim di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Menurutnya, semua lokasi dikenal pasti itu tetap menjalani proses pembersiha­n yang dikendalik­an kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Kami akan menyerahka­n proses pembersiha­n lokasi berpotensi ini kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Namun, saya belum mempunyai maklumat mengenai yang mana lokasi tempat pelupusan sampah domestik dikendalik­an PBT atau lokasi pembuangan sisa berjadual.

“Jadi, saya akan serahkan senarai ini (lokasi berpotensi) kepada kerajaan negeri untuk langkah seterusnya,” katanya.

 ??  ?? JOHOR
PASIR GUDANG
JOHOR PASIR GUDANG
 ??  ?? ANGGOTA Hazmat mengambil sampel bacaan di dalam tong biru yang dibuang pihak tidak bertanggun­gjawab di dalam parit berhampira­n SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
ANGGOTA Hazmat mengambil sampel bacaan di dalam tong biru yang dibuang pihak tidak bertanggun­gjawab di dalam parit berhampira­n SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia