Harian Metro

25.5 juta tonton Leftenan Zana

 Drama terbitan JS Pictures catat sejarah tersendiri

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Drama Leftenan Zana terbitan JS Pictures Sdn Bhd mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat 25.5 juta tontonan merangkumi siaran televisyen dan platform digital menurut sumber Nielsen Audience Measuremen­t.

Drama lakonan Janna Nick sebagai Leftenan Zana itu meraih 11.5 juta penonton iaitu jumlah rating terkumpul sepanjang 16 episod sejak mula bersiaran 8 Februari lalu.

Episod akhir yang ditayangka­n pada 15 Mac lalu mencecah 4 juta tontonan.

Lebih membanggak­an lagi, jumlah terkumpul tontonan di laman YouTube TV3Malaysi­a dan Drama Sangat Official juga mencecah 14 juta tontonan.

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, kejayaan itu membuktika­n TV3 tidak hanya menayangka­n drama bertemakan cinta.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada penonton atas sokongan tanpa henti walaupun ada mengatakan gimik pergaduhan antara penerbit dan pelakon membantu menaikkan lagi jumlah tontonan drama itu.

“Tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus, lakonan pelakonnya tidak mantap, tidak mungkin drama ini mendapat 25.5 juta tontonan secara keseluruha­nnya.

“Terima kasih atas penerimaan yang sangat baik bagi genre drama sebegini dan kami akan berusaha membawakan lagi pelbagai variasi drama menarik untuk anda pada masa hadapan dan kekal sebagai stesen televisyen nombor satu negara,” katanya.

Terima kasih atas penerimaan yang sangat

baik

Siti Nurlisia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia