Harian Metro

Sejam cari adik tenggelam

- Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

 Abang sempat tunai permintaan belanja nasi ayam malam sebelum kejadian lemas

“Lima tahun lalu, saya pernah menerima Anugerah Wira kerana pernah menyelamat­kan mangsa lemas di Pantai Melawi, Bachok, tapi hari ini, siapa sangka, adik kandung sendiri meninggal akibat lemas.

“Namun kami sekeluarga reda walaupun masih terkejut dengan kejadian,” kata abang Mohammad Firdaus Ismail, 15, yang lemas dalam kejadian di Sungai Kampung Tebing Tinggi di sini, malam semalam.

Mohammad Zulkifli Ismail, 20, berkata, malam sebelum kejadian, arwah adiknya meminta dia belanja nasi ayam walaupun sebelum ini dia tak pernah minta apa-apa.

Beliau berkata, dia tidak menyangka itu kenangan terakhir mereka sekeluarga menikmati nasi ayam di kedai di Semerak, Pasir Puteh dan adiknya kelihatan sangat gembira.

“Petang semalam (kelmarin) Firdaus keluar rumah bersama seorang lagi abangnya, Mohammad Ezri Syam, 17, jam 6 petang untuk berjoging.

“Tidak lama kemudian, Ezri pulang dalam keadaan cemas dan memaklumka­n Firdaus lemas di sungai.

“Saya terus ke sungai dan ketika sampai, rakan mereka yang ada di situ beritahu adik saya baru saja tenggelam. Saya terus terjun dan cuba mencari adik namun tidak menemuinya, hampir sejam juga saya mencari,” katanya di bilik mayat Hospital Tengku Anis di sini, semalam.

Beliau berkata, Firdaus anak kesembilan daripada 10 beradik dan seorang adik yang ceria serta anak yang baik kepada ibunya, Samsiah Sulaiman,53.

Katanya, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai selalu keluar berjogging bersama Mohammad Ezri dan rakan.

“Arwah suka berjogging dan sering ke kawasan sungai itu yang terletak tiga kilometer dari rumah di Kampung Binjai, Semerak,” katanya yang bercuti selepas menamatkan latihan ketenteraa­n dan mula bertugas di kem tentera di Johor.

Sementara itu, Guru-Guru dan Pengetua SMK Sungai Petai, Zulkifli Mohd Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim turut hadir di bilik mayat bagi menzahirka­n rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Dalam kejadian itu, mayat Firdaus ditemui jam 9.09 malam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.

Mayat mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter iaitu kira-kira 11 meter dari tebing sungai dan dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk dibedah siasat.

Jenazah mangsa dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi jam 11 pagi, semalam.

 ?? Mohammad Zulkifli ?? Saya terus ke sungai dan ketika sampai, rakan mereka yang ada di situ beritahu adik saya baru saja tenggelam. Saya terus terjun dan cuba mencari adik namun tidak menemuinya, hampir sejam juga saya mencari”
ANGGOTA polis membawa keluar mayat Mohammad Firdaus (gambar bulat) yang lemas di Sungai Kampung Tebing Tinggi, semalam.
Mohammad Zulkifli Saya terus ke sungai dan ketika sampai, rakan mereka yang ada di situ beritahu adik saya baru saja tenggelam. Saya terus terjun dan cuba mencari adik namun tidak menemuinya, hampir sejam juga saya mencari” ANGGOTA polis membawa keluar mayat Mohammad Firdaus (gambar bulat) yang lemas di Sungai Kampung Tebing Tinggi, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia