Harian Metro

Pujuk penagih atas pokok kelapa

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Lelaki takut ditangkap AADK dipujuk sejam

Seorang penagih menggadaik­an nyawa dengan memanjat pokok kelapa setinggi 15 meter bagi mengelak ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalanka­n Ops Perdana di Kampung Cherok Paloh di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih satu jam untuk memujuk lelaki berusia 25 tahun itu untuk turun sebelum suspek mengalah dan turun sendiri.

Ketua Pegawai Agensi Penguatkua­saan AADK Kuantan, Nor Haffiza Ibrahim berkata, kejadian bermula apabila anggota dan pegawai AADK melakukan pemeriksaa­n di sebuah rumah di Kampung Cherok Paloh.

“Ketika melakukan pemeriksaa­n di rumah berkenaan, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek bergegas melarikan diri sebaik menyedari rumah berkenaan diserbu AADK.

“Anggota AADK mengejar suspek sebelum dia memanjat pokok kelapa yang berada berhadapan Masjid Cherok Paloh bagi mengelak ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota AADK cuba memujuk penagih dadah itu supaya turun, namun tidak diendahkan sebelum pihaknya menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu menurunkan lelaki itu.

“Selepas dipujuk anggota bomba, lelaki yang hanya memakai seluar pendek itu turun dengan sendiri jam 4 petang. Kami menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Nor Haffiza berkata, ujian saringan air kencing dilakukan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan dipercayai mula terbabit penyalahgu­naan dadah sejak berusia 17 tahun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia