Harian Metro

Pakej percuma syabu untuk 200 pil kuda

-

Kota Bharu: Setiap 200 pil kuda yang dibeli disertakan dengan syabu seberat 1 gram secara percuma.

Demikian pakej yang ditawarkan pengedar dadah untuk menarik perhatian pengedar kecil, selain meluaskan rangkaian pengedaran bahan terlarang itu.

Modus operandi itu terbongkar dalam serbuan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Taman Manal Jaya, Tanah Merah pada jam 11 malam, Isnin lalu.

Dalam operasi itu polis menahan dua lelaki berusia 34 tahun yang disyaki pengedar dan merampas dadah bernilai RM189,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan, Superinten­dan Roslan Yusof Mohamad berkata, terdahulu anggotanya menahan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki dua lelaki.

“Berlaku sedikit pergelutan ketika penahanan, namun dua suspek ditangkap dan pemeriksaa­n lanjut dalam kenderaan menemui tiga bungkusan plastik cerah yang di dalamnya ada bungkusan berwarna putih.

“Dalam setiap bungkusan kertas ada lapan paket plastik warna biru dan dua merah jambu bertulis A diikat dengan getah yang setiap peket mengandung­i 198 pil kemerahan serta dua kehijauan disyaki pil kuda.

“Turut ditemui, satu paket plastik cerah berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu seberat 60 gram dan anggaran keseluruha­n rampasan dadah bernilai RM189,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, tindakan seorang penganggur yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya terbongkar dengan penemuan dadah selepas motosikaln­ya merempuh lori di Pak Pura, Bachok, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemeriksaa­n terhadap suspek berusia 34 tahun menemui 17 botol heroin di dalam beg silang.

Sehingga kini, suspek masih tidak sedarkan diri di Hospital

 ?? Nor Haffiza ?? Selepas dipujuk anggota bomba, lelaki yang hanya memakai seluar pendek itu turun dengan sendiri jam 4 petang” PENAGIH nekad panjat pokok kelapa setinggi 15 meter bagi elak ditahan.
Nor Haffiza Selepas dipujuk anggota bomba, lelaki yang hanya memakai seluar pendek itu turun dengan sendiri jam 4 petang” PENAGIH nekad panjat pokok kelapa setinggi 15 meter bagi elak ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia