Harian Metro

Periksa 24 tapak projek

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

 Tinjau keberkesan­an langkah pencegahan kontraktor dalam pastikan keselamata­n pekerjaan

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah membuat pemeriksaa­n ke atas 24 tapak pembinaan dalam Operasi Cegah Jatuh dan Runtuh di seluruh negeri itu sejak 4 Mac sehingga semalam.

Pengarahny­a, Hairozie Asri berkata, operasi membabitka­n lima pegawai JKKP itu bagi memastikan tahap pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Ia juga bertujuan meninjau keberkesan­an langkah pencegahan oleh pihak kontraktor dalam memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan.

“Daripada jumlah tapak yang diperiksa, kami mengeluark­an 95 notis larangan serta-merta, 20 surat arahan dan 11 notis penambahba­ikan kepada kontraktor yang terbabit atas pelbagai kesalahan.

“Selain itu, 93 aktiviti kerja dan dua tapak pembinaan disita serta sebahagian­nya akan dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan,” katanya selepas membuat pemeriksaa­n mengejut di Projek Pembinaan Perumahan Bukit Banyan, semalam.

Hairozie berkata, pihaknya turut merancang mengeluark­an kompaun ke atas 42 kes dan mendakwa empat kes atas pelbagai kesalahan.

Kebanyakan kesalahan yang sering dikenakan tindakan disebabkan majikan tidak menggajika­n pegawai keselamata­n dan kesihatan serta penyelia keselamata­n di tapak pembinaan.

Menurutnya, sepanjang 2018, jumlah kemalangan tidak hilang upaya kekal di tapak pembinaan direkodkan sebanyak dua kes, satu kes kejadian berbahaya serta satu kes kemalangan maut.

 ??  ?? HAIROZIE (tengah) melihat ujian sukatan ke atas peralatan di tapak pembinaan ketika membuat pemeriksaa­n mengejut di tapak projek pembinaan perumahan Bukit Banyan, semalam.
HAIROZIE (tengah) melihat ujian sukatan ke atas peralatan di tapak pembinaan ketika membuat pemeriksaa­n mengejut di tapak projek pembinaan perumahan Bukit Banyan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia