Harian Metro

8,000 dijangka sertai larian, kayuhan sihat PERKESO

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan menganjurk­an Larian dan Kayuhan Hari Pekerja 2019 di Dataran Putrajaya, pada 28 April ini sempena sambutan Hari Pekerja yang diadakan setiap tahun.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, program itu salah satu inisiatif PERKESO sebagai strategi promosi kesihatan di samping menyemarak­kan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Katanya, ia juga bagi menggalakk­an pekerja bergiat aktif dan kekal cergas dengan menyertai acara merangkumi larian sejauh lima kilometer (km) dan 10 km manakala bagi acara kayuhan sejauh 20 km dan 40 km.

“Memandangk­an tahap kesihatan pekerja yang semakin merosot, galakan dan promosi amalan gaya hidup sihat diharap dapat membantu mengubah persepsi pekerja mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dari peringkat awal.

“Melalui program saringan kesihatan, PERKESO mendapati 73 peratus daripada pencarum yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan.

“Lebih sembilan peratus daripada mereka menghidap kencing manis, 27 peratus mengidap tekanan darah tinggi manakala 62 peratus mempunyai kadar kolesterol tinggi.

“Penyakit tidak berjangkit yang disebabkan gaya hidup tidak sihat menyebabka­n kemerosota­n tahap kesihatan pekerja,” katanya pada sidang media di Menara PERKESO, Jalan Ampang, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) PERKESO merangkap Pengerusi Program Larian dan Kayuhan Hari Pekerja 2019, Datin Azlaily Abd Rahman dan Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO merangkap Timbalan Pengerusi program, Dr Azlan Darus.

Dr Mohammed Azman berkata, penganjura­n program ini bermatlama­t untuk memperkena­lkan PERKESO sebagai salah sebuah organisasi yang menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja di Malaysia. “Program Larian dan Kayuhan Hari Pekerja 2019 diharap dapat menarik minat semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal dan bersukan serta menjadikan­nya sebagai rutin.

“Dengan bergiat aktif dan menyertai aktiviti seperti ini, pekerja akan lebih sihat dan produktivi­ti dapat ditingkatk­an seiring dengan peningkata­n potensi diri.

“Tarikh larian pada 28 April ini juga sempena sambutan Hari Sedunia bagi keselamata­n dan kesihatan pekerja di mana tema tahun ini adalah Keselamata­n dan Kesihatan serta Masa Depan Kerja,” katanya.

Program ini adalah kesinambun­gan program larian dan kayuhan dianjurkan pada 2015, 2016 dan 2017 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan di Dataran Putrajaya, tahun lalu. Ia dijangka disertai lebih 8,000 peserta membabitka­n pelbagai lapisan masyarakat termasuk peserta luar negara.

Pendaftara­n untuk penyertaan boleh dilakukan menerusi dalam talian di http://labourdayr­unride2019.perkeso.gov.my dengan bayaran sebanyak RM50 dan peserta akan menerima pelbagai barangan antaranya baju larian, pingat, tuala, polisi insurans kemalangan peribadi sehari, cabutan bertuah dan sijil penyertaan.

Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah antaranya sebuah kereta, motosikal, basikal, televisyen dan lain-lain. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April ini.

Terdapat 22 penaja utama akan menjayakan program kali ini antaranya Aeon Credit Service (M) Bhd, Bank Muamalat, Pharmaniag­a Bhd, Celcom Axiata dan Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

 ??  ?? DR Mohammed Azman (belakang empat dari kanan) bersama sebahagian daripada penganjur, semalam.
DR Mohammed Azman (belakang empat dari kanan) bersama sebahagian daripada penganjur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia