Harian Metro

Bacaan Yasin mohon keberkatan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

“Kami bercadang mengadakan bacaan Yasin di masjid, Jumaat ini untuk memohon keberkatan

Allah SWT supaya Mohd Haziq ditemui segera,” kata Zarina Shuib, 53.

Zarina yang juga ibu saudara Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, berkata remaja itu masih belum ditemui sejak insiden tembakan di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New

Zealand, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42, cedera terkena tembakan pengganas ketika menunaikan solat Jumaat.

Zarina berkata, dia hanya mengetahui perkembang­an Mohd Tarmizi melalui seorang lagi adiknya, Mariani, 49, yang kini berada di New Zealand sejak berlepas ke sana tiga hari lalu.

Katanya, setakat ini mereka masih belum menerima apa-apa perkembang­an terbaharu mengenai anak saudaranya yang dilaporkan hilang.

“Selagi tak jumpa, kami sekeluarga di sini susah hati namun lega sedikit apabila dimaklumka­n Mohd Tarmizi semakin pulih.

“November tahun lalu, Mohd Tarmizi pulang ke rumah ini seorang diri dan memberitah­u tahun ini dia mungkin tak balik berhari raya di negara ini,” katanya.

“Keadaan di Christchur­ch dan daerah lain kembali tenang seperti sebelum kejadian. Anggota polis dilihat menjaga pintu masuk masjid bagi memastikan keselamata­n umat Islam,” kata rakyat Malaysia, Abdul Wafi Shaik Abdul Rahman, 24.

Katanya, ketika mengunjung­i masjid di Dunedin kira-kira 350 kilometer dari bandar Christchur­ch, keadaan sama turut kelihatan selain pintu masuk masjid dipenuhi kalungan bunga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia