Harian Metro

Suami stabil selepas 3 kali pembedahan

-

Shah Alam: Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden tembakan di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New Zealand, Jumaat lalu, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dilaporkan stabil dan sudah sedar selepas menjalani pembedahan kali ketiga.

Isterinya, Dr Zurinawati Mohi 48, berkata, selepas pembedahan dijalankan kelmarin, suaminya banyak menunjukka­n perubahan positif akibat kecederaan bahagian pinggangny­a yang dipercayai terkena peluru.

“Alhamdulil­lah, selepas pembedahan kali ketiga ini suami menunjukka­n perubahan yang baik. Suami juga berada dalam keadaan sedar namun masih ‘mamai’ berikutan

(gambar),

kesan ubat.

“Dia kini boleh bercakap, namun tidak banyak berikutan masih penat. Jika dia cakap kita dengar saja namun kadang-kadang sukar untuk difahami.

“Saya pun tidak mahu memaksanya bercakap. Biar suami berehat dan betul-betul sembuh dulu. Dia menunjukka­n banyak perubahan positif, itu sudah membuatkan kami sekeluarga bersyukur,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Zurinawati berkata, suaminya baru saja menjalani rawatan fisioterap­i, pagi semalam.

“Suami saya menunjukka­n tindak balas walaupun hanya melakukan pergerakan ringan seperti disuruh pakar perubatan yang merawatnya,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam berkata, suaminya masih trauma dengan insiden itu.

“Akibatnya, suami kelihatan mengalami kesukaran untuk tidur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia