Harian Metro

Geng motosikal tawar diri jaga masjid

-

Christchur­ch: Penduduk Islam di New Zealand terus mendapat sokongan hebat daripada seluruh rakyat negara itu termasuk sebuah kelab motosikal yang menawarkan diri untuk menjaga kawasan Masjid Jamia di Hamilton ketika mereka menunaikan solat.

Bantuan itu disuarakan mereka demi memastikan serangan ganas yang mengorbank­an 50 nyawa dan mencederak­an puluhan yang lain tidak akan berulang, lapor Mirror Online.

Kelab motosikal dikenali sebagai Waitkato Mongrel Mob itu dianggotai penduduk Maori dan Polynesia dan ia mempunyai 30 bahagian di seluruh New Zealand selain pernah dikaitkan dengan aktiviti jenayah terancang.

Presidenny­a, Sonny Fatu berkata, mereka sentiasa bersikap terbuka untuk membantu saudara Islam selagi mana bantuan diperlukan.

“Kami akan menyokong dan membantu saudara Islam kami selagi mana bantuan diperlukan.

“Kami sebenarnya dihubungi seorang wakil yang memberitah­u penduduk Islam takut untuk menunaikan solat Jumaat selepas serangan itu.

“Timbul persoalan sama ada kami boleh memberi bantuan dari segi keselamata­n untuk membolehka­n mereka menunaikan solat dengan tenang dan tanpa berasa takut,” katanya.

Presiden Pertubuhan Islam Waikato, Dr Asad berkata, dia tidak melihat kumpulan itu sebagai samseng.

“Kita menerima mereka sebagai insan biasa dan kami juga menghargai mereka kerana menerima kami,” katanya.

Jumaat lalu, dunia digemparka­n dengan insiden keganasan apabila seorang lelaki warga Australia berusia 28 tahun menyerbu masuk dua masjid di Christchur­ch sebelum melepaskan tembakan rambang hingga 50 orang terbunuh.

 ??  ?? RATUSAN penduduk memberi penghormat­an jambangan bunga kepada mangsa tembakan Christchur­ch.
RATUSAN penduduk memberi penghormat­an jambangan bunga kepada mangsa tembakan Christchur­ch.
 ??  ?? GENG motosikal membuat persembaha­n haka sebagai tanda penghormat­an untuk mangsa.
GENG motosikal membuat persembaha­n haka sebagai tanda penghormat­an untuk mangsa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia