Harian Metro

Tiga tahun buat persiapan

-

Christchur­ch: Pengganas yang didakwa menembak mati 50 orang di dua masjid pada Jumaat lalu menetap di bandar Dunedin, New Zealand hampir tiga tahun untuk melakukan persiapan dan berlatih sebelum melakukan serangan ganas terbabit.

Ia disebutkan dalam manifeston­ya setebal 74 muka surat yang bertajuk ‘The Great Replacemen­t’.

Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan sengaja memilih untuk tinggal di bandar terbabit yang mempunyai kepelbagai­an etnik yang kurang apabila 88.3 peratus penduduk berasal dari Eropah.

Bagaimanap­un, menurut manifesto itu, New Zealand bukan sasaran asal untuk diserang.

“Saya datang ke New Zealand untuk tinggal sementara bagi membolehka­n saya membuat rancangan dan berlatih.

“Kemudianny­a, saya dapati New Zealand adalah sasaran yang kaya dengan persekitar­an seperti juga di negara lain di Barat,” tulisnya dalam manifesto itu.

Manifesto itu menyebut, Masjid al Huda di Dunedin adalah sasaran pertama pengganas terbabit dan lokasinya paling dekat dari tempat tinggalnya.

Serangan terhadap masjid itu mungkin mengakibat­kan jumlah kematian lebih ramai kerana ia mempunyai satu ruang solat saja berbanding masjid Al Noor yang mempunyai beberapa bilik untuk bersembuny­i.

Dalam kejadian itu, beberapa orang dikatakan sempat melarikan diri namun kira-kira 30 mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dipercayai terperangk­ap di ruang solat bersebelah­an ketika pengganas membunuh rakan dan keluarga mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia