Harian Metro

Tong gas biru tak hasil gas beracun

-

Iskandar Puteri: Penemuan tong biru di Sungai Selangkah dan Sungai Masai, Pasir Gudang mengundang kepada persepsi berlaku pencemaran namun ia tidak menghasilk­an gas beracun, sekali gus menjadi punca pencemaran seperti di Sungai Kim Kim.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee

Yin berkata, pemeriksaa­n sudah dijalankan dan alat pengesan gas tidak menunjukka­n kehadiran gas beracun di kawasan terbabit.

“Sumber lain yang ditemui itu bukan sumber atau punca keracunan beramai-ramai ini. Ya, memang ada tong biru, tetapi bila periksa, tiada kehadiran gas beracun.

“Bila berlaku pencemaran, memang kita akan bersihkan. Gas beracun boleh dikesan menggunaka­n alat pengesan dan kita boleh tahu kehadiran gas ini serta-merta, tetapi sampel bahan kimia itu kami tetap ambil dan hantar untuk analisis Jabatan Kimia,” katanya pada sidang media Pembentang­an Laporan Jawatankua­sa Saintifik Pencemaran Sungai Kim Kim di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan akan mengambil langkah penyelesai­an jangka panjang dengan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 susulan insiden pencemaran Sungai Kim Kim.

Katanya, pihaknya kini dalam proses meminda akta itu dan menyasarka­n pembentang­an di Parlimen dapat dibuat sebelum akhir tahun ini.

Katanya, antara yang bakal dikaji dan dipinda adalah berhubung hukuman lebih berat dikenakan kepada mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar.

“Kami akan melihat bagaimana kami boleh perketatka­n lagi akta ini dan melihat apa lagi aspek lain dalam alam sekitar yang belum kami rangkumkan dalam akta itu,” katanya.

>>Semua lokasi berpotensi disahkan tidak menghasilk­an gas toksik berbahaya

 ??  ?? YEO menegaskan tong biru yang ditemui bukan sumber atau punca keracunan.
YEO menegaskan tong biru yang ditemui bukan sumber atau punca keracunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia