Harian Metro

Hanya terima arahan standby

-

 FRU tidak suraikan perusuh kerana terikat SOP

ditaklimat­kan atau diberi arahan secara spesifik sama ada terus ambil tindakan atau untuk

Tanpa ada arahan susulan, kami terus bersiap sedia di kawasan itu.

HAMDAN: Kenapa tiada inisiatif kawal keadaan orang ramai pada masa itu?

SHUHAIMI: FRU, kami ada SOP iaitu berdasarka­n

sudah gariskan sebarang tindakan perlu diambil untuk tangani apa-apa rusuhan.

Arahan kami terima untuk lapor pada Ketua Polis Daerah Subang Jaya dan terima arahan daripada dia.

Saksi sama berkata, pihaknya cuba berhubung dengan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, namun gagal sebelum menghubung­i timbalanny­a.

“Dan arahan diterima adalah sahaja. Selain itu, arahan daripada Komander FRU juga adalah (rujuk) kepada Ketua Polis Daerah Subang Jaya,” katanya.

Menjawab soalan Hamdan mengenai

Shuhaimi berkata, perenggan ke-19, bahagian ke-25 manual itu menyatakan bahawa di mana dan bagaimana penggunaan FRU sebagai pasukan simpanan bantuan untuk mengambil tindakan melalui arahan pegawai polis yang ditetapkan.

“Jika bantuan diberikan kepada ibu pejabat polis daerah. Kami perlu rujuk kepada ketua polis daerah atau pegawai polis yang diberi kuasa oleh ketua polis daerah,” katanya.

Ketika menjawab soalan Hamdan sama ada jumlah kekuatan pegawai dan anggota FRU bertugas mencukupi bagi menangani rusuhan berkenaan, Shuhaimi berkata, pada dasarnya, ia cukup hanya jika peserta insiden terbabit tidak menggunaka­n senjata

berbahaya.

HAMDAN: Dengan kekuatan kamu dan jumlah orang ramai yang bertindak di luar kawalan, adakah mencukupi untuk menyuraika­n orang awam?

SHUHAIMI: Pada dasarnya, berdasarka­n pengalaman, satu trup boleh kawal lebih 1,000 orang. Tetapi pada masa itu, kami tak ada kekuatan sepenuhnya. Di mana kekuatan sebenar setiap trup perlu ada tiga pegawai dan 85 orang. Tetapi pada malam itu, ada yang ambil cuti dan terbabit dengan penugasan lain.

Pada malam itu, dua trup iaitu keseluruha­nnya lima pegawai dan 113 anggota.

Terdahulu, saksi sama berkata, dua trup FRU iaitu 1A dan 4B dikejarkan ke lokasi rusuhan tetapi kedua-dua pasukan ‘tersangkut’ dalam kesesakan lalu lintas di atas jejambat, kira-kira 100 meter dari kuil berkenaan.

Katanya, setiap pasukan masing-masing dengan tujuh kenderaan iaitu satu

tiga lori, satu lori logistik, satu Land Rover dan satu meriam air.

Menurutnya, sebaik tiba, dia melihat ada hampir 5,000 orang awam dan dua kenderaan terbakar sebelum dua kenderaan bomba tiba bagi memadamkan kebakaran.

Pada satu-satu masa juga, saksi itu berkata, sebuah daripada kenderaan turut dikeliling­i sekumpulan orang awam.

Muhammad Adib, 24, anggota van EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil berkenaan.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia