Harian Metro

Telefon bimbit rakam video rusuhan kuil hilang

-

Pada malam kejadian, kedua-dua trup diarah ke kuil (itu) tanpa ada sebarang arahan selain

(bersiap sedia) di kuil. Kami sebagai pasukan bantuan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sepatutnya Shah Alam: Telefon bimbit digunakan seorang lelaki bagi merakam kejadian membabitka­n dua kenderaan bomba dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang pada November tahun lalu, hilang, kelmarin.

Pemilik telefon itu, Hardeeb Singh Jaswant, 29, memaklumka­n perkara itu di Mahkamah Koroner di sini, semalam ketika Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah menyoal sama ada telefon bimbit itu ada dibawa ke mahkamah.

Saksi inkues punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ke-22 itu berkata, dia tidak tahu di mana telefon bimbit iPhone X miliknya itu, namun mungkin hilang di tandas stesen minyak ketika dia dalam perjalanan ke mahkamah.

“Ketika kejadian itu, saya bersama rakan, Mohsin But (saksi ke-20) dan kemudian merakamkan insiden kekecohan di kawasan kuil itu.

“Namun, saya tidak dapat memastikan sama ada Mohsin bersama saya sepanjang masa itu kerana saya lebih fokus kepada merakam insiden itu,” katanya.

Dalam telefon bimbit milik Hardeep itu, ada empat rakaman video berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kejadian, 27 November 2018.

Ia membabitka­n rakaman kereta terbakar dan jentera

(FRT).

Sementara itu, ketika disoal peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, 24, Kamaruzama­n A Wahab, sama ada dia melihat anggota bomba itu diserang, Hardeeb yang bekerja sebagai pengurus keselamata­n itu memaklumka­n tidak nampak.

“Saya tidak melihat apa berlaku terhadap mangsa (Muhammad Adib) dan apa yang direkodkan dalam telefon bimbit ketika itu, itulah yang saya nampak,” katanya.

Terdahulu, Hardeep berkata, dia datang berhampira­n lokasi kejadian selepas seorang rakan sekerjanya memaklumka­n insiden kekecohan di kuil itu.

“Apabila sampai, saya lihat tempat itu sesak dengan orang ramai yang dianggarka­n 10,000 orang,” katanya.

Dalam prosiding itu, berhubung kehilangan telefon bimbit milik Hardeep, tiada bantahan daripada semua pihak berkepenti­ngan untuk saksi itu mencari dan membawa telefon bimbit yang hilang itu ke mahkamah.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Abdullah bersambung hari ini.

 ??  ?? HARDEEB
HARDEEB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia