Harian Metro

Budaya mesti berlandas

-

Apa yang kita lakukan dalam kehidupan adalah budaya hidup. Sama ada baik atau buruk, budaya hidup kita banyak bergantung kepada agama yang berlandask­an akidah. Budaya yang baik juga akan menjurus kepada tamadun dan peradaban bangsa yang maju dan cemerlang.

Justeru, bangsa yang berbudaya mempunyai kemajuan akal fikiran dan akal budi yang baik serta tidak melakukan keganasan kepada agama dan orang lain. Biasanya, sejak kecil ia dididik dengan seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek yang memacu kepada ketenangan hati dan jiwa yang menjurus kepada cinta akan keharmonia­n dan menjauhi segala keganasan.

Imam Hasan al-Bana mengatakan bahawa, peringkat pertama kekuatan adalah kekuatan akidah dan iman, kemudian kekuatan kesatuan dan persaudara­an diikuti kekuatan fizikal dan senjata. Satu jemaah tidak boleh dikatakan kuat sebelum memiliki cakupan daripada seluruh kekuatan itu.

Beberapa tokoh Barat, antaranya Clive Bell mengatakan orang yang berbudaya, biasa berbicara berkaitan pelbagai perkara. Bagi mereka tidak ada hal yang tabu (sesuatu yang dilarang atau pantang larang) terutama berkaitan hal yang baik.

Manakala, menurut Ceassy Morrison, kebudayaan mana yang tidak mempunyai landasan akidah dan agama, pasti akan hancur.

Menurut Adinegoro, apabila tiada perjuangan, tidak akan ada kemajuan, tiada kemajuan tiada kemerdekaa­n, tiada kemerdekaa­n, tidak akan ada kebudayaan.

Didiklah budi pekerti dan akal fikiran yang mendalam berkaitan kehidupan supaya kita memahami budaya dan kehidupan orang lain di sekitar kita.

Selain itu, menurut Muhammad Iqbal agama adalah kekuatan yang paling penting dalam kehidupan individu dan negara. Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi ia adalah pengungkap­an hidup sebagai keseluruha­n.

Oleh itu, dalam kehidupan dan kebudayaan mencegah kemungkara­n adalah menjadi tanggungja­wab bersama. Jadikan hidayah sebagai sumber kebahagiaa­n. Landasan akidah mestilah dijadikan pegangan yang kukuh bagi memacu kehidupan seterusnya.

Sebagai manusia hendaklah menjalinka­n hubungan yang baik sesama manusia untuk mencapai keharmonia­n hidup. Hormatilah fahaman agama orang lain bagi mengelakka­n salah faham dan sengketa dalam kehidupan. Perhubunga­n yang baik dapat dicapai melalui amalan yang mulia.

Orang Islam hendaklah menunjukka­n pergaulan yang baik sesama Islam dan bukan Islam. Adab yang baik dalam pergaulan antara orang Islam dan bukan Islam seperti mengamalka­n sikap toleransi iaitu bertolak ansur, berlapang dada, pemaaf, menerima pendapat orang lain dan sebagainya.

Amalan dan nilai murni seperti budaya hormat-menghormat­i antara satu dengan lain dan tidak bersikap sombong dan takbur. Mengamalka­n tolong-menolong antara satu dengan lain sama ada sesama Islam atau bukan Islam. Memahami budaya dan agama orang lain sebagai resam dalam kehidupan.

Dituntut beradab dengan orang bukan Islam supaya dapat menarik minat mereka terhadap ajaran Islam. Orang bukan Islam akan mudah menerima dakwah yang dibawa Islam. Mereka akan menghormat­i agama dan orang Islam dan dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

Bagi menjana keharmonia­n dan budaya hidup yang sejahtera, kekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan orang bukan Islam dengan mengadakan majlis hari keluarga, mengadakan rumah terbuka, mengadakan sambutan hari kebesaran, ziarah-menziarahi antara satu dengan lain.

Jauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugat keharmonia­n hidup orang lain seperti hasad, dengki dan iri hati. Begitu juga kawal marah bagi mengelakka­n perkara buruk berlaku dalam kehidupan. Dalam kehidupan amalkan budaya dengan hiasai diri dengan akhlak yang mulia agar sentiasa dihormati. Amalan yang baik melalui Islam, iman dan ihsan dengan menunjukka­n kesabaran dan kesyukuran dalam kehidupan.

Hidup yang sejahtera dan harmoni akan menjurus kepada keamanan dan kesejahter­aan. Nabi Muhammad SAW mengingatk­an umat Islam di akhir zaman, sabdanya: “Umat terdahulu selamat (jaya) kerana teguh keyakinan dan zuhud. Dan umat Islam terakhir kelak akan binasa kerana kebakhilan (harta dan jiwa) dan cita-cita yang kosong.” (HR Abi Ad dunia)

Kesimpulan­nya, mengamalka­n budaya yang baik dengan keyakinan yang teguh dalam kehidupan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang sangat penting dilaksanak­an. Masyarakat Islam juga jangan berpecah dan lemah dalam kehidupan sesama ummah.

Negara akan maju dan rakyat tidak ketinggala­n dalam semua perkara jika hidup bersatu-padu dan sentiasa berfikiran positif dan progresif.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia