Harian Metro

Teguran disalah anggap

-

Insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim dekat Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor menyebabka­n kesihatan lebih 4,000 penduduk tempatan termasuk pelajar terjejas.

Pembuangan bahan sisa toksik itu bukan hanya menyebabka­n pencemaran air sungai, tetapi kandungan bahan kimia mudah larut air juga menyebabka­n udara dicemari bahan kimia mudah meruap.

Sehingga 19 Mac 2019, jumlah bahan enap cemar yang dikutip berjumlah 990 tan metrik.

Pasukan penilai yang ditubuhkan untuk membuat pemantauan di Melayu, anak perempuan yang dinikahkan diberikan nasihat dan pesanan supaya pandai membawa diri dalam rumah keluarga mentua.

Ringankan tangan membantu dan membuat kerja di rumah seperti berada di rumah sendiri.

Bagaimanap­un, ia bergantung bagaimana diri seseorang itu dididik serta contoh yang ditunjukka­n ibu bapa mereka.

Keluarga mentua dan ipar duai pula pasti melihat apa juga kesalahan dan kekurangan ahli baru keluarga mereka.

Seperti kisah minggu ini, pada awal perkahwina­n mungkin tiada persoalan atau rasa tidak puas hati memandangk­an ipar masih baru dan perlu menyesuaik­an diri.

Setahun berada dalam ahli keluarga adalah tempoh yang cukup dan sebaiknya sudah memahami cara hidup dan amalan dalam keluarga.

Manusia memang tidak maksum atau sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Apabila melakukan kesalahan, maka ia perlu ditegur.

Teguran itu yang menjadi isu paling berat. Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana ada sifat ego.

Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalny­a. Namun, walau setinggi mana pun ego, kita perlu menerima teguran demi membawa kebaikan kepada diri.

Diriwayatk­an daripada Tamim Al-Dari r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Agama adalah nasihat.”

Kami pun bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mengingatk­an, sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit.

Islam menyediaka­n garis panduan dalam membuat teguran. Niat menegur seseorang mesti betul demi kebaikan orang berkenaan bukannya bertujuan menjatuhka­nnya, menghina, menunjukka­n keaiban atau sebarang niat buruk.

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari kelemahan dalam menegur seseorang.

Teguran mesti kena pada tempat dan masanya. Elakkan ‘memilih bulu’ apabila ingin menegur.

Jika kita tidak suka kepada sikap seseorang, jangan pula dia dibiarkan. Ada satu kisah, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Saidina Umar r.a.

Beliau berlapang dada menerima teguran berkenaan. Orang yang melihat keadaan itu berasa pelik.

Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?”

Saidina Umar r.a. menjawab; “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah Al-Nahl, ayat 125)

Orang yang menegur pula perlu berwaspada terhadap kata-katanya. Sebelum membuat teguran, faktor berikut perlu diambil kira:

1. Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Perbetulka­n diri sendiri dahulu sebelum memperbetu­lkan orang lain. Bermuhasab­ah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain. Insya-Allah, orang yang ditegur mampu menerimany­a.

2. Gunakan gaya bahasa paling sesuai.

Cuba menasihati dan memberi teguran dengan beradab dan penuh hormat. Tidak kasar dan biadab, apatah lagi dengan intonasi tinggi dan bongkak ketika memberi teguran.

Tegur dengan kata kata yang tidak menyinggun­g perasaan orang yang ditegur. Cuba dahului dengan kata kata yang boleh membuat seseorang itu gembira.

3. Lakukan secara sembunyi.

Memberi teguran di khalayak ramai kadangkala boleh menjatuhka­n aib dan memalukan orang yang ditegur.

Malang sekali sekiranya teguran itu boleh mencetuska­n permusuhan dan menyebabka­n keadaan semakin teruk.

4. Fokus kepada kesalahan

 Wanita kesal sikap adik dan isterinya enggan terima nasihat

yang dilakukan.

Tiada salahnya menyebut kesalahan orang yang ditegur secara langsung. Itu satu kaedah bagi memudahkan orang yang ditegur menerima teguran serta memahami kesalahan dilakukan dengan harapan ia tidak diulangi.

5. Jangan mengungkit­ungkit kesalahan.

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Ia perlu dijaga supaya hubungan sentiasa terpelihar­a.

Sikap mengungkit kesalahan orang boleh menyebabka­n orang itu rasa lebih bersalah dan seakanakan tiada harapan untuk diperbaiki.

Cuba pujuk dan berikan kata-kata semangat supaya dia dapat berazam memperbaik­i keadaan. Berkemungk­inan juga kaedah teguran digunakan menyebabka­n maksudnya tidak sampai.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia