Harian Metro

Sayang nak tutup tapi...

-

 Kerajaan tak mampu tanggung operasi MAS

Menurutnya, MAS kini beroperasi menggunaka­n strategi yang tidak menguntung­kan.

“Jadi, ada pihak tertentu dari luar dan dalam negara nak beli MAS, jadi kita tak tolak, kita nak kaji sama ada perlu jual atau tak.

“Setakat ini pengurusan walaupun dilantik orang luar, masih rugi dan salah satu caranya ialah jual,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Perdana Menteri mengulas mengenai perkembang­an terkini syor kerajaan termasuk mahu menjual syarikat penerbanga­n negara itu yang kini mengalami kerugian.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan syarikat penerbanga­n itu.

Beliau berkata, isu menutup syarikat penerbanga­n itu adalah urusan yang serius dan keputusan akan dibuat secepat mungkin.

MAS yang diswastaka­n di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengalami kerugian lebih rendah pada tahun lalu disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan kru pada separuh kedua 2018.

Mengenai cadangan supaya MAS dikekalkan di bawah pengurusan kerajaan, Dr Mahathir berkata, hal itu turut akan dipertimba­ngkan sama ada mahu menukar pengurusan sama ada dalam skala besar atau kecil.

“Kita mempunyai banyak pesawat yang tidak diguna sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri maklum bahawa pekerja di peringkat lain dalam MAS berminat untuk menaburkan khidmat.

“Tapi strategi tak menguntung­kan, umpamanya kerajaan bagi RM6 bilion untuk tolong MAS, dengan itu MAS berhentika­n 6,000 pekerja tapi selepas itu, MAS tak terbang seperti dahulu dan menghapusk­an banyak penerbanga­n, maknanya dari segi penguranga­n staf dan penguranga­n kerja, maka tiada bezalah.

“Kalau kita kurangkan pekerja tapi kekalkan status yang lama, barulah ada penjimatan, kalau kurang pekerja kurang kerja tak akan ada lebihan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia