Harian Metro

Projek ECRL diteruskan pada skala sesuai

-

Kuala Lumpur: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat bakal dijana untuk kesejahter­aan rakyat serta menyelamat­kan negara daripada beban hutang yang tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, projek itu disambung selepas proses rundingan semula projek berkenaan dengan kerajaan China dapat diselesaik­an supaya situasi menang-menang diperoleh.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kerajaan terpaksa menilai semula projek itu secara lebih teliti bagi memastikan negara mendapat pulangan terbaik tanpa menjejaska­n pembanguna­n.

“Hasil rundingan ini akan dimaklumka­n apabila ia dimuktamad­kan sedikit masa lagi. Jika usaha rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu status terkini projek ECRL.

Dr Mahathir berkata, kerajaan kini terikat dengan kedua-dua perjanjian kontrak kejurutera­an, perolehan, pembinaan dan pentauliah­an (EPCC) dan pinjaman dari China yang menyebabka­n negara berdepan hutang yang membebanka­n sekiranya dilaksanak­an.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga berdepan implikasi kewangan yang besar sekiranya ia dibatalkan.

“Kerajaan terdahulu sepatutnya tidak tergesa-gesa (dengan kontrak) EPCC dan perjanjian pinjaman besar sebelum (pertimbang­an yang wajar) dan

(analisis kos-faedah) yang lengkap dijalankan.

“Kontrak EPCC itu dideraf mengikut harga

(sekali gus) yang tinggi dan butiran mengenai skop ser- ta spesifikas­i teknikal dinyatakan secara umum saja,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan terpaksa meminjam RM60 bilion jika mahu meneruskan projek berkenaan dengan bayaran balik selama 30 tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia