Harian Metro

Beban subsidi TH akan dikurangka­n

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengurangk­an beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenal­kan pada masa depan bagi mengurangk­an bantuan daripada TH.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi dari sudut keperluan fiqah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya ketika pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada perbincang­an diadakan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mengurangk­an kos langsung haji, sekali gus membantu meringanka­n beban jemaah haji.

Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat untuk melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan, sekali gus mengurangk­an bebanan kos yang semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.

“Tidak naik tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu mengurangk­an penggilira­n lebih lama jemaah pakej muassasah, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang jemaah.

“Dalam pembahagia­n, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” katanya.

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengesahka­n Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) masih diberi tanggungja­wab mengendali­kan Kemudahan Electronic Travel Registrati­on & Informatia­n (eNTRI).

eNTRI adalah sistem tapisan awal keselamata­n terhadap pelancong dari China dan India ke Malaysia yang dikendalik­an sepenuhnya syarikat swasta itu.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UKSB masih meneruskan perkhidmat­an berkenaan kerana kontrak belum ditamatkan.

“Siasatan masih dijalankan dan sehingga keputusan muktamad adakah syarikat melanggar atau melakukan kesalahan dibuat, adalah tidak adil orang buat ramalan kita berhentika­n (tamatkan kontrak). Sebab dia ada kontrak dan boleh ambil tindakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia