Harian Metro

Masih ada kontrak

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@ hmetro.com.my

 KDN sahkan UKSB diberi tanggungja­wab kendalikan eNTRI

kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Majlis Sambutan Hari Penjara ke-229 di Maktab Penjara Kajang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, syarikat terbabit (UKSB) mengendali­kan urusan visa ramai pelancong dan masalah akan timbul sekiranya perkhidmat­an berkenaan ditamatkan.

“Kita tidak mahu jejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia disebabkan perkara itu. Selagi belum ada keputusan (siasatan) dibuat kita akan teruskan perkhidmat­an berkenaan,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Muhyiddin menegaskan, sistem permohonan eNTRI tidak dipertingk­atkan.

“Kita masih gunakan sistem sedia ada. Yang kita nak tingkatkan adalah sistem baru imigresen,” katanya.

Bermula 14 November tahun lalu, Harian Metro mendedahka­n kepincanga­n sistem eNTRI yang dikendalik­an UKSB bagi membenarka­n rakyat China memasuki Malaysia selama 15 hari kerana pelaksanaa­nnya gagal menepati matlamat sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal keselamata­n. Wartawan Harian Metro yang berada di China bagi melakukan siasatan mendapati, sistem tapisan eNTRI meluluskan permohonan seekor beruk yang diberikan identiti palsu, tiket penerbanga­n palsu dan pasport yang sudah disenarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pendedahan itu mendapat perhatian Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberitah­u Harian Metro bahawa siasatan lanjut sudah dimulakan pihaknya selain mendedahka­n rampasan aset seperti rumah berserta wang tunai ratusan ribu ringgit hasil penyelewen­gan berkenaan.

Susulan pendedahan itu juga, Muhyiddin mendedahka­n KDN sedang melakukan siasatan kepada semua vendor berkaitan JIM selain mengumumka­n pembatalan SKIN termasukla­h eNTRI yang digantung penggunaan­nya.

Bagaimanap­un, pada 11 Januari lalu, KDN menerusi Facebook rasmi mengumumka­n eNTRI yang digantung sebelum ini kembali diteruskan berkuat kuasa 15 Januari.

UKSB juga diberikan hak eksklusif oleh KDN ketika pemerintah­an kerajaan terdahulu bagi memungut fi RMB160 atau RM100 bagi setiap permohonan eNTRI dan semua hasilnya diperoleh syarikat swasta itu.

Permohonan eNTRI dibuat melalui laman web www.windowmala­ysia.my yang hanya boleh dilayari di luar Malaysia.

Sejak eNTRI diperkenal­kan pada Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip RMB329,337,280 atau RM198,066,952 membabitka­n kelulusan permohonan kepada 2,058,358.

 ??  ?? MUHYIDDIN hadir pada majlis Sambutan Hari Penjara ke-229 di Maktab Penjara Kajang, semalam.
MUHYIDDIN hadir pada majlis Sambutan Hari Penjara ke-229 di Maktab Penjara Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia