Harian Metro

Dua pembuat kereta sudah disenarai pendek

-

Kuala Lumpur: Dua pembuat kereta sudah disenarai pendek untuk menerajui Projek Pengeluara­n Kereta Nasional Ketiga yang dicetuskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bagaimanap­un berkata, terdapat beberapa aspek yang masih dikaji sebelum sebarang keputusan dimuktamad­kan.

“Kami masih lagi mengkajiny­a...kini di peringkat akhir perbincang­an, tapi secara khusus kita meneliti satu daripadany­a, kita tidak mahu buat spekulasi syarikat pembuat kereta yang mana satu, rakan usaha sama mana yang kita berunding di tahap akhir,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini, semalam.

Mengenai latar belakang dua syarikat itu, Mohd Redzuan memberi gambaran ia berada dalam lingkungan ‘Dasar Pandang Ke Timur’ yang diperkenal­kan Dr Mahathir.

Beliau optimis pelaksanaa­n projek itu secara tidak langsung dapat merangsang sektor keusahawan­an dan kejurutera­an negara.

Jun lalu, Dr Mahathir dilaporkan bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu bagi menggantik­an Proton.

Proton tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, Pengarah Urusan Bank Rakyat yang baharu akan diumum pada pertengaha­n bulan depan tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia.

Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Zulkiflee Abbas akan menamatkan perkhidmat­annya pada 2 April depan selepas memegang jawatan itu sejak 3 April 2017. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia