Harian Metro

Akta Hasutan 1948 masih boleh diguna

-

Kajang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih diberi kebenaran menggunaka­n peruntukan dan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 namun pelaksanaa­nnya bergantung kepada budi bicara.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vei Keong pada Selasa bahawa polis diarahkan tidak menggunaka­n akta berkenaan.

Menurut Muhyiddin, meskipun kajian memansuhka­n akta itu sedang dilakukan namun ia masih boleh diteruskan sehingga dibawa ke Parlimen dan dimansuhka­n.

“Akta Hasutan masih ada, belum lagi dimansuhka­n di Parlimen. Kita nak tentukan tidak ada pihak salah guna tetapi sekarang kita lihat masih ada individu keluarkan kenyataan yang sentuh perkara sensitif.

“Banyak mempersoal institusi raja dan agama kita tidak boleh biarkan. Ia (penggunaan akta) ikut budi bicara, dari sudut undang-undang selagi belum dihapuskan, masih boleh digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-229 di Maktab Penjara di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Aziz Jamman dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau berharap polis berhemat dalam menggunaka­n akta itu.

“Kalau akta sedia ada tidak dikuatkuas­akan, apa makna akta itu,” katanya.

Katanya, kajian pindaan akta itu kini di peringkat akhir dan mengakui ada beberapa perkara yang didapati tidak boleh diguna pakai.

“Contoh orang hina saya, ada yang benci Menteri KDN. Mengatalah, ada orang suka ada orang tak suka. Bagi kita itu tak dianggap sebagai hina tetapi apabila cerca raja atau institusi penting negara kita anggap berat,” katanya.

Sebelum ini, Liew mengarahka­n polis tidak lagi menggunaka­n akta berkenaan untuk menahan mana-mana pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia