Harian Metro

KPDNHEP sita kenderaan terpakai pamer iklan palsu

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Tindakan sebuah syarikat jualan kereta terpakai mempamer iklan mengeliruk­an dan disyaki palsu, memakan diri apabila kenderaan dijual disita Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Dalam serbuan jam 2 petang 25 Februari lalu di Klang, kereta Proton Saga disita KPDNHEP sebaik menerima aduan daripada pengguna.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, pengguna yang menyedari iklan kereta berkenaan mencurigak­an menerusi laman sosial Facebook segera memaklumka­n perkara itu kepada pihaknya.

Menurutnya, iklan itu menyatakan harga dijual adalah RM9,800 manakala tahun pengeluara­nnya pada 2010.

“Namun pemeriksaa­n dilakukan mendapati, harga sebenar kenderaan ialah RM 11,800 sementara tahun pengeluara­n pada geran kenderaan adalah 2008.

“Sehubungan itu, kita terpaksa menyita kereta, kunci dan geran kenderaan ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video tular berdurasi 29 saat memaparkan ketidakpua­san hati dipercayai pekerja syarikat itu terhadap tindakan KPDNHEP.

Seorang kerani menitiskan air mata ketika menghadapi sembilan pertuduhan pecah amanah membabitka­n nilai RM327,844.50 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.

Bagaimanap­un, tertuduh, Nada Aimi A Rahman, 34, yang juga bekas penolong pegawai tadbir di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dihadapiny­a.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNHEP menyita sebuah kereta di syarikat menjual kereta terpakai di Klang.
ANGGOTA KPDNHEP menyita sebuah kereta di syarikat menjual kereta terpakai di Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia