Harian Metro

Kes rasuah babit bekas menteri dipindah ke Mahkamah Tinggi

-

Kuala Lumpur: Kes rasuah membabitka­n ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi, semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Lailawati Ali untuk memindahka­n kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Faisal Moideen yang mewakili Tan turut memohon penangguha­n bagi keputusan memindahka­n kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi namun ditolak.

Tarikh pengurusan kes di Mahkamah Tinggi bagaimanap­un akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, pihak pendakwaan memaklumka­n kes berkenaan dibenarkan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Pada 15 Mac lalu, Raja Lailawati memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah memfailkan notis permohonan untuk memindahka­n kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 15 November lalu, Tan didakwa memberikan suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang tunai RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan sebagai upah meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia