Harian Metro

‘Anak Hantu’ maut ditembak

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

 Lelaki diburu tewas di kebun sawit

Selepas hampir setahun menjadi buruan, seorang lelaki yang digelar ‘anak hantu’ akhirnya maut apabila ditembak polis dalam kejadian berhampira­n kebun kelapa sawit, Jalan Tasek - Valdor, dekat sini, semalam.

Lelaki terbabit yang berusia 27 tahun dan tinggal di Lebuh Maccalum, Georgetown dikatakan sangat licik dan kerap terlepas daripada ditahan polis selepas melakukan jenayah.

Malah, dia juga suspek sama yang mencampak pistol ke arah polis di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, 11 Januari lalu dan tindakanya itu membuatkan dia menjadi buruan.

Suspek kemudian berjaya ditemui di Machang Bubok, jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketika itu dia melepaskan tembakan yang nyaris terkena seorang pegawai polis selepas peluru menembusi kenderaan dinaiki pihak berkuasa itu.

Susulan itu, polis menjalanka­n Op Kesan bagi menjejaki suspek dan dia berjaya ditemui di kawasan Tasik Valdor jam 3.30 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, polis terserempa­k dengan suspek yang menaiki Proton Waja di kawasan terbabit sebelum mengejarny­a.

“Suspek memecut keretanya dan selepas kira-kira dua kilometer dia membelok ke kawasan kebun kelapa sawit.

“Bagaimanap­un, suspek masuk ke jalan mati dan kereta dipandunya terlanggar batu sebelum dia turun dari kenderaann­ya itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Zainol berkata, suspek yang keluar dari kereta kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan secara rambang kepada polis.

“Polis terpaksa membalas tembakan yang kemudian terkena badan suspek dan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah serta 11 rekod dadah dan kenderaan digunakann­ya juga kereta curi.

“Suspek juga dikehendak­i kerana empat kes jenayah iaitu menghantar peluru untuk mengugut bagi mendapatka­n wang, merusuh, mencampak pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas pistol semi automatik dan tujuh peluru hidup yang ditemui berhampira­n suspek.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa suspek di lokasi kejadian.
ANGGOTA polis memeriksa suspek di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia