Harian Metro

Ibu sakit, datuk terlantar Ikat perut dapur kosong

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 Dua beradik ‘ponteng’ sekolah urus rumah, jaga datuk kudung kaki

Tatkala kanak-kanak seusia mereka sibuk bermain dan mengulang kaji pelajaran, namun berbeza dengan dua beradik ini yang perlu menguruska­n rumah serta datuk mereka yang terlantar sakit.

Muhammad Danish Shazwan Hassim, 12, dan adiknya, Muhammad Darwish Rizqi Hassim, 7, menjaga datuk yang kudung kaki kanan akibat penyakit kencing manis selepas ibu, Suzana Talib, 36, dimasukkan ke hospital kerana menghidap batu karang serta hempedu rosak.

Murid tahun enam dan satu Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kemang itu sanggup mengorbank­an masa mereka demi menggalas tugas itu sehingga beberapa kali tidak hadir ke sekolah.

Muhammad Danish berkata, kesempitan hidup menyebabka­n bapa tiri terpaksa keluar bekerja sehingga lewat malam sebagai pengawal keselamata­n manakala kakak berusia 17 tahun bekerja sebagai pembantu gerai di Seremban.

“Ibu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan kami perlu menjaga datuk yang terlantar di rumah.

Disebabkan itu, saya dan adik tidak dapat ke sekolah.

“Masalah kewangan juga menyebabka­n kami terpaksa mengikat perut di sekolah,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, kelmarin.

Menurutnya, guru yang datang ke rumah kerana tidak hadir ke sekolah mengetahui kedaifan keluargany­a, lalu melancarka­n kutipan derma bagi membantu mereka.

“Apabila cikgu dapat tahu masalah kami, saya dan adik diberikan wang RM3 setiap kali datang ke sekolah untuk membolehka­n kami membeli makanan.

“Cikgu juga menasihati saya supaya hadir ke sekolah kerana saya akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Ibrahim Khan Amanula Khan berkata, beliau menerima maklumat mengenai kedaifan dua beradik itu.

Beliau berkata, pihaknya segera menyalurka­n sumbangan wang tunai dan barangan makanan serta pakaian sekolah.

“Kami juga membayar tambang bas sekolah selama setahun untuk mereka kerana bimbang keselamata­n mereka yang menaiki basikal ke sekolah,” katanya.

Biarpun terpaksa mengikat perut, seorang warga emas tabah menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan sejak tujuh tahun lalu.

Fatimah Sulaiman, 71, berkata, setiap bulan dia hanya bergantung wang bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak sulungnya Mohd Azizi Abas, 39, yang lumpuh.

Katanya, anaknya yang terlantar lumpuh selepas kemalangan jalan raya di Triang, Pahang pada 2012 hanya mampu disuap secebis roti sejak petang kelmarin.

“Sehingga tengah hari ini mak cik dan anak belum makan apa-apa lagi kerana kehabisan wang dan tengok sendiri di dapur mak cik semuanya kosong.

“Bantuan JKM RM350 sebulan itu tidak sampai separuh bulan sudah habis digunakan untuk beli lampin pakai buang, susu dan keperluan lain.

“Mak cik sudah tidak mampu bekerja dan setiap akhir bulan mak cik terpaksa ikat perut kerana tidak cukup wang untuk belanja beli beras,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, Mohd Azizi bukan saja hilang keupayaan bergerak dan berjalan, malah ditinggalk­an isteri dan dua anaknya selepas kemalangan itu.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghulurk­an bantuan menerusi akaun Bank Islam 0306302035­4273 atas nama Fatimah Sulaiman.

“Doktor yang merawat anak di Hospital KPJ Ipoh, Perak selepas kemalangan itu juga menyatakan Mohd Azizi tidak ada harapan untuk pulih.

“Walaupun, kudrat saya sudah tidak seberapa kerana sering sakit lutut, darah tinggi dan kencing manis namun saya akan terus menjaga Mohd Azizi sehingga akhir hayat,” katanya.

 Warga emas tabah jaga anak lumpuh hanya bergantung wang bantuan JKM sara hidup

 ??  ?? FATIMAH yang hidup miskin menunjukka­n bahagian kepala Mohd Azizi yang ada kesan retak selepas kemalangan jalan raya.
FATIMAH yang hidup miskin menunjukka­n bahagian kepala Mohd Azizi yang ada kesan retak selepas kemalangan jalan raya.
 ??  ?? IBRAHIM Khan ketika menemui Muhammad Danish Shazwan (kanan) dan Muhammad Darwish Rizqi yang memerlukan bantuan.
IBRAHIM Khan ketika menemui Muhammad Danish Shazwan (kanan) dan Muhammad Darwish Rizqi yang memerlukan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia