Harian Metro

Polis buka kertas siasatan

-

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelengg­araan di landasan sebelum kenderaan berkenaan dilanggar sayap sebuah pesawat peribadi.

Kejadian itu menyebabka­n bahagian bumbung kenderaan berkenaan tercabut selepas terkena sayap pesawat terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal dilakukan Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (DCA), namun kertas siasatan dibuka pihaknya selepas mangsa disahkan meninggal dunia kelmarin.

“Sebelum ini, kami sudah membuka kertas inkuiri polis selepas menerima laporan kemalangan itu. Bagaimanap­un, kertas siasatan dibuka sebaik dimaklumka­n mangsa sudah meninggal dunia petang semalam (kelmarin).

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mengakibat­kan kematian tanpa niat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis akan memanggil semua pihak yang terbabit dalam kes itu.

“Kami belum memutuskan tindakan lanjut kerana siasatan kes baru dimulakan. Ia (tindakan lanjut) bergantung kepada hasil siasatan nanti. Kini, kami dalam proses memanggil semua pihak yang terbabit dalam kes itu,” katanya.

Mohd Ruzaimi menghembus­kan nafas terakhir jam 6.45 petang kelmarin, meninggalk­an isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

Batu Gajah: “Sedih bila kenangkan tiada lagi anak lelaki, kini arwah pergi tinggalkan kami selepas abangnya meninggal dunia akibat lemas 10 tahun lalu,” kata Jeleha Awang, 70.

Jeleha ibu kepada juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, yang maut selepas insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor awal pagi kelmarin.

Mangsa menghembus­kan nafas terakhir jam 6.45 petang kelmarin meninggalk­an isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu anak kedua daripada tiga beradik itu bulan lalu untuk urusan hal tanah.

“Abang arwah meninggal dunia akibat lemas lama dahulu dan selepas ketiadaan suami serta anak sulung, dialah ketua keluarga, kini dia pula pergi tinggalkan kami.

“Terkejut waktu dimaklumka­n kejadian itu, tak sangka boleh jadi macam itu. Walaupun sedih saya reda

 ??  ?? JELEHA menabur bunga pada pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, semalam.
JELEHA menabur bunga pada pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia