Harian Metro

Johan qari ASEAN jaga suara

-

Seremban: Johan qari Pertanding­an Tilawah al-Quran Peringkat ASEAN 2016 di Bangkok, Mohamad Husaini Mahmur antara tujuh peserta memperdeng­arkan bacaan pada malam ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban, kelmarin.

Qari dari Negeri Sembilan berusia 27 tahun itu memperdeng­arkan bacaan Surah al-Anfal ayat 45.

Menurut Mohamad Husaini, ini kali ketiga beliau menyertai pertanding­an tilawah peringkat kebangsaan.

Guru al-Quran itu berkata, kerjayanya secara tidak langsung membolehka­n beliau sentiasa melatih diri dan memperbaik­i bacaan, selain turut menitik beratkan penjagaan suara serta stamina.

“Walaupun sering menyertai pelbagai pertanding­an tilawah tetapi saya masih mempelajar­i dan mendalami ilmu al-Quran serta menimba pengalaman.

“Pada kali ini, saya mewakili tuan rumah dan sudah tentu memberi cabaran besar untuk mempersemb­ahkan bacaan terbaik. Menang atau kalah itu rezeki Allah SWT,” katanya.

Mohamad Husaini yang menetap di Senawang berkata, beliau mula belajar menguasai tajwid dan taranum dalam pengajian al-Quran ketika berusia 10 tahun.

Katanya, pada awalnya dia belajar mengaji daripada bapa saudaranya sebelum berguru dengan beberapa ustaz sehingga kini.

Muhamad Husaini yang mendapat tempat ketiga pada Tilawah al-Quran Kebangsaan 2016 turut menjuarai Tilawah al-Quran Belia Asia Tenggara di Brunei pada 2015.

Terdahulu, bacaan al-Quran, kelmarin, dimulakan qari dari Perlis, Muhammad Fathi Ahmad, diikuti qariah Melaka, Siti Syahirah Isa; qari dari Sarawak, Hadi Mohd Sharkawi serta Awatif Abd Majid, qariah Pulau Pinang.

 ??  ?? MOHAMAD Husaini
MOHAMAD Husaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia