Harian Metro

Tiada kes penyakit cuaca panas dicatatkan di Kedah

-

Tiada kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan di negeri ini sehingga kini selepas beberapa daerah dikategori­kan tahap satu gelombang haba.

Pengarah Kesihan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, berdasarka­n pemantauan suhu harian Jabatan Metereolog­i Malaysia sehingga kelmarin di seluruh negara menunjukka­n Langkawi, Sik, Baling dan Kulim dikategori­kan berada pada tahap satu.

Menurutnya, hanya Pendang dikategori­kan berada pada tahap dua iaitu gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius tiga hari berturut-turut.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memantau kejadian kes akibat cuaca panas. Semua klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital perlu melaporkan kejadian ke Jabatan Kesihatan Negeri.

“Namun hasil pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah tiada kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan,” katanya.

“Sempena Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA ‘19) dari 26 hingga 30 Mac ini, pengunjung dan petugas dinasihatk­an mengutamak­an kesihatan dan mematuhi langkah bagi mengelak kelesuan haba dan strok haba.

“Jabatan Kesihatan Kedah dengan kerjasama penganjur akan membuat hebahan tip penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Seorang petani di Kampung Bendang Luas di sini, terpaksa berdepan kerugian besar sekiranya musim kemarau sejak dua bulan lalu berterusan.

Mohd Roslan Mohd Noor, 50, yang menanam tembikai sejak lebih 20 tahun lalu berkata, kemarau yang melanda menjejaska­n tanaman sekali gus pendapatan­nya.

“Kebiasaann­ya saya mampu memperoleh lebih

100 tan tembikai untuk tanah seluas 8.4 hektar ini, namun sejak kemarau hanya 10 tan per hektar sahaja dapat dihasilkan.

“Banyak pokok rosak termasuk menjadi kering dan layu menyebabka­n buah tidak dapat dihasilkan.

“Akibatnya, hasil tanaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia