Harian Metro

‘Kaku depan stereng’

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Pesara sempat beli sarapan sebelum maut serangan jantung

“Dalam keadaan hujan, abah sempat membeli sarapan nasi lemak buat kami sekeluarga sebelum bersiap ke pasar bersama mak.

“Tanpa disedari, itu sarapan terakhir dibeli abah sebelum dia dijemput Ilahi,” kata Mohammad Haziq Abu Hanip, 24.

Mohammad Haziq adalah anak bongsu kepada pesara guru, Abu Hanip Dollah, 60, yang meninggal dunia di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Limau, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa mengalami serangan jantung ketika memandu kereta Honda City sebelum merempuh tiang elektrik sejurus bergerak keluar dari rumahnya.

Turut berada dalam kereta adalah isteri lelaki berkenaan, Foziah Ahmad, 65.

Mohammad Haziq berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu sebelum menyedari ibu bapanya keluar ke pasar tidak jauh dari rumah mereka untuk membeli keperluan harian.

“Tidak sampai lima minit mereka beredar, saya terdengar jeritan mak memberitah­u supaya mengambil telefon dan menghubung­i talian kecemasan.

“Ketika menghubung­i talian kecemasan, saya melihat abah tersandar kaku di tempat duduk pemandu. Saat itu, saya rasakan dunia gelap seketika,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, bapanya tidak mempunyai sejarah penyakit jantung dan menjaga kesihatan ketika hayatnya.

Kata anak bongsu daripada lima beradik itu, bapanya adalah bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena dan sudah bersara sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika hayatnya, abah sangat dikenali masyarakat setempat dan pasti ada individu mengenalin­ya walau ke mana sahaja dia pergi.

“Malah, abah cukup tegas dalam soal pendidikan anak. Saya bersyukur semua adik-beradik berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi hasil dorongan dan semangat daripada abah dan mak,” katanya yang juga penuntut Sarjana Muda Kejurutera­an Pembuatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Jenazah Abu Hanip dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Limau selepas selesai bedah siasat. Satu pasukan rondaan digerakkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor sebagai langkah mencegah dan mengekang aktiviti pembakaran terbuka berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi, Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, pasukan ini sudah digerakkan sejak awal Februari lalu dengan melakukan rondaan di lokasi berpotensi berlakunya pembakaran terbuka di negeri ini.

Menurutnya, JAS juga menggunaka­n dron bagi memantau kawasan terpencil yang kerap berlakunya kejadian pembakaran terbuka.

 ??  ?? MOHAMMAD Haziq
MOHAMMAD Haziq
 ??  ?? ABU Hanip
ABU Hanip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia