Harian Metro

Peluang raih duit dengan mudah

-

Peluang untuk mendapatka­n duit secara mudah menyebabka­n ada pihak tertentu sanggup menjadikan kesusahan orang lain sebagai modal mengutip dana.

Bukan itu saja, mereka mengubah suai nombor akaun yang dikongsi di dalam Facebook untuk tujuan itu dan akan menghilang­kan diri apabila mencapai jumlah tertentu.

Pengasas Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial (KELSS), Akidi Ab Hamid berkata, beliau juga mempunyai pengalaman serupa apabila tabung membantu adik Muhammad Habib Rosli dimanipula­si pihak tertentu, dua tahun lalu.

Katanya, kebiasaann­ya pihaknya melihat sendiri keadaan pesakit untuk memastikan maklumat tepat sebelum memuat naik di platform media sosial.

“Menjadi prosedur KELSS untuk pastikan semua maklumat itu betul kerana kita tidak mahu sesiapa teraniaya,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini mengenai Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia, Nor Azmi Jalaludin yang tertipu selepas memuat naik permohonan sumbangan untuk membantu kanak-kanak perempuan, Zulaikha Mohd berusia tiga tahun untuk mengubati penyakitny­a.

Status itu antara lain mendakwa anak yatim itu yang kematian bapanya tahun lalu dan tinggal di Pulau Pangkor, Perak bergantung hidup pada mesin oksigen yang disewa daripada hospital serta memerlukan bantuan mesin baru kerana mesin lama rosak.

Justeru, Akidi berharap orang ramai menyemak terlebih dulu setiap hebahan bagi memastikan sumbangan diterima pihak sepatutnya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia