Harian Metro

Cebisan mayat sejauh 50 meter

-

Rawang: Penunggang motosikal maut apabila digilis beberapa kenderaan dalam kejadian di Kilometer 441.9 Lebuhraya PLUS, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Basori Nanyan, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah utara menghala ke selatan.

“Ketika tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan menyebabka­nnya tercampak ke laluan bertentang­an.

“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang berada di laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat kesan cebisan mayat mangsa sepanjang 50 meter di lokasi kejadian.

“Motosikal mangsa ditemui di laluan kecemasan arah selatan dipercayai dialihkan dan mengalami kerosakan pada bahagian depan serta kiri kenderaan itu.

“Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Usaha mengesan saksi giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat, Inspektor Dzulhafizi­e Abd Rasid di talian 013 7465469 atau ke balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KESAN cebisan mayat mangsa kemalangan bertaburan sepanjang 50 meter di lokasi kejadian.
KESAN cebisan mayat mangsa kemalangan bertaburan sepanjang 50 meter di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia