Harian Metro

Ular sawa tumpang tidur

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Remaja terkejut reptilia sepanjang 2 meter atas katil

Tidur lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.

Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa berlingkar di atas katilnya.

“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.

Sementara itu, Nor Elida berkata, dia terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumka­n ada ular di dalam biliknya.

“Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubung­i bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.

“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat 14. Memang terkejut namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaa­n mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami berjaya menangkapn­ya pada jam 5.20 pagi.

“Kami tidak mengambil masa lama untuk menangkapn­ya sebelum membawanya ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ?? ULAR sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam bilik remaja.
ULAR sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam bilik remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia