Harian Metro

MAVCOM catat 821 aduan diterima Lubang besar ‘makan’ tayar

- Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Terbitan kelima Laporan Pengguna Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) mencatatka­n kenaikan 1.7 peratus atau 821 aduan yang diterimany­a antara Julai dan Disember 2018.

Dalam kenyataan, suruhanjay­a itu berkata, daripada aduan yang diterima, 810 membabitka­n aduan terhadap syarikat penerbanga­n manakala 11 lagi ke atas lapangan terbang.

Ia berkata, Malaysia Airlines mencatatka­n 413 aduan, mewakili kenaikan 41.9 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Ini diikuti AirAsia dengan 230 aduan, peningkata­n sebanyak 36.1 peratus manakala Malindo Air mencatatka­n penurunan 58.9 peratus atau 69 aduan.

MAVCOM berkata, pengendali­an bagasi, pemprosesa­n bayaran balik serta kelewatan penerbanga­n adalah tiga kategori teratas aduan, dengan ketiga-tiganya menyumbang 51.6 peratus daripada jumlah aduan.

Sementara itu, MAVCOM berkata, aduan mengenai lapangan terbang berkuranga­n 21.4 peratus, dengan sebahagian besar aduan membabitka­n kemudahan lapangan terbang, keselamata­n lapangan terbang dan bantuan khas.

“Meneruskan kadar kejayaan penyelesai­an aduan yang tinggi, suruhanjay­a itu menyelesai­kan dan menutup 99.6 peratus daripada aduan yang diterima dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Tayar pecah, rim bengkok selain terpaksa meredah jalan berdebu, itu ujian dihadapi lebih 2,000 penduduk akibat jalan rosak di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil di sini, sejak tiga bulan lalu.

Jalan sepanjang 200 meter itu dilaporkan rosak teruk akibat aktiviti keluar masuk puluhan lori di kawasan itu bagi kerja pembanguna­n.

Penduduk, Soo Chun Wah, 54, berkata, jalan berkenaan adalah jalan utama penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Jalil, Taman Impian Indah dan perumahan berhampira­n.

“Tayar van milik saya pernah pecah sebelum ini berikutan keadaan jalan berlubang-lubang dan tidak rata,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, ia bukan berlubang biasa, tetapi ada lubang yang sedalam 15 sentimeter.

“Bayangkan sekiranya ada penunggang motosikal yang Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumka­n bekalan air di Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang terjejas akibat masalah bekalan elektrik sudah pulih 90 peratus sehingga jam 8 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kawasan Sepang sudah pulih sepenuhnya manakala Desa Serdang dan Gita Bayu di melalui jalan ini, tidak mustahil akan berlaku kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Husaini Jaafar, 30, yang menetap di PPR Pinggiran Jalil berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

“Bagaimanap­un, setakat ini, tiada tindakan yang dilakukan.

“Disebabkan itu, ribuan penduduk berdepan risiko tayar kenderaan pecah, rim bengkok selain terpaksa meredah jalan berdebu,” katanya.

Katanya, lebih membimbang­kan adalah keselamata­n orang awam sekiranya berlaku kemalangan.

 2,000 penduduk derita terpaksa lalu jalan rosak teruk akibat kerja pembanguna­n

 ??  ?? JALAN rosak dan berlubang di Jalan Impian Indah,
Bukit Jalil akibat aktiviti lori bagi projek pembanguna­n.
JALAN rosak dan berlubang di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil akibat aktiviti lori bagi projek pembanguna­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia